Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 11 Januari 2011

Penjelasan SU Politik Presiden Pas

Artikel berita yang dimuatkan dalam akhbar harian The Star bertarikh 10 Jan 2011 dengan tajuk "PAS won’t bow to pressure from any quarter, says Hadi” adalah dirujuk. Adalah ingin dipertegaskan bahawa berita berkenaan telah memberikan gambaran yang salah terhadap ucapan Presiden PAS di Majlis Suai Kasih yang dianjurkan oleh PAS dan Pejabat Parlimen Titiwangsa pada 9 Januari lalu.

Presiden PAS sebenarnya menjelaskan bahawa PAS melihat perkembangan yang sangat positif di kalangan rakan dalam Pakatan Rakyat dalam memahami maksud Islam yang ingin dibawa oleh PAS, di mana ianya adalah dalam kerangka perlembagaan persekutuan yang turut di pertahankan oleh semua pihak dalam Pakatan Rakyat.

Perubahan paradigm ini memperkukuhkan lagi kerjasama erat PAS bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bertepatan dengan semangat dalam dasar bersama yang dipersetujui sebagaimana yang dirangkakan dalam Dasar Bersama Muafakat Rakyat.

Apa yang dipertegaskan oleh Presiden PAS dalam majlis berkenaan adalah rentetan terhadap ucapan Presiden PAS di Konvensyen Pakatan Rakyat yang kedua di Pulau Pinang kira-kira hampir sebulan lalu bahawa PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan yang ingin dilaksanakan adalah semestinya dalam ruang lingkup perlembagaan dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar, tanpa menjejaskan amalan penganut agama lain di negara kita ini. Inilah yang ingin ditonjolkan oleh PAS, bahawa Islam adalah adil untuk semua.

Oleh yang demikian maksud laporan dalam pemberitaan akhbar The Star pada tarikh berkenaan adalah tidak benar dan tersasar dari apa yang diucapkan sama sekali.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudah buat kenyataan, baru nak betulkan pulak konon orang ramai tak faham atau salah tafsir.Apa tugas S/U Politik?Sepatutnya teks untuk kenyataan akhbar wajar diteliti dulu oleh S/U Politik sebelum sidang akhbar.Ini namanya S/U Politik kayu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....