Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 25 Januari 2011

Gambar Gambar Menarik Sekitar Kempen Pakatan Rakyat Di Dun Tenang


Kelihatan calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman bersama skuad kempen Pakatan Rakyat bagi kerusi DUN Tenang memulakan langkah meraih sokongan pengundi semasa sesi walk-about sebelah petang setelah proses penamaan calon selesai sebelah paginya
"Silalah ambil buah limau Mandarin ini..." Mungkin itu kata-kata mesra calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman kepada seorang pengundi DUN Tenang semasa sesi walk-about sekitar pekan Labis petang 22 Januari
Calon Pakatan Rakyat, Cikgu Normala Sudirman menyapa mesra seorang penduduk keturunan Tionghua sambil menyerahkan sekeping kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina sejurus selesai proses penamaan calon 22 Januari
Sebahagian daripada petugas kempen Pakatan Rakyat bergambar kenangan bersama Ahli Parlimen Selayang, William Leong, Tian Chua dan beberapa pemimpin lain pada hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Tenang 22 Januari lalu.

Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin bergambar bersama di luar pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis pagi 22 Januari bagi memberikan sokongan penuh kepada calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman.
Tian Chua yang penuh santai sedang menyampaikan pidato pada ceramah pertama selepas penamaan calon sebelah pagi 22 Januari. Tian menyeru pengundi Cina supaya mengundi Pakatan Rakyat dan tidak lagi mempercayai Barisan Najis yang mengabaikan kebajikan rakyat!
Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sedang bersemangat menyampaikan ceramah kepada para pengundi DUN Tenang di Tenang Station, malam 22 Januari lalu
Normala Sudirman sedang bergerak menuju ke kawasan jualan basah di dalam pasar awam Labis semasa sesi pagi walk-about pagi 22 Januari lalu
Calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman tidak putus-putus menyampaikan ucapan "Selamat Tahun Baru Cina" kepada penduduk sekitar Labis semasa walk-about sesi pagi di pasar awam pekan itu. Tahun Baru Cina akan disambut empat hari selepas hari pengundian pada 30 Januari ini
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bermesra dengan pengunjung sebuah kedai kopi Cina yang termasyhur di Labis sambil merayu undi sesi pagi sekitar pekan Labis 22 Januari
Pasukan kempen PKR dengan megahnya bergerak meronda sekitar pekan Labis yang sememangnya menjadi tumpuan setiap kali penduduk menjalankan urusan seharian. Payah untuk melihat jentera kempen Umno-APCO bergerak sebegini tanpa "wang pelincir"!
Lihatlah betapa mesranya penduduk dan penyokong dengan pemimpin Pakatan Rakyat berkempen untuk Cikgu Normala Sudirman! Kelihatan Chua Jui Meng  dan Dr Mujahid Yusof bergerak dalam satu unit tersusun.Syabas

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....