Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 26 Disember 2010

Isa Samad Dilantik Pengerusi FELDA ?



SHAH ALAM 26 DIS : Spekulasi pelantikan Tan Sri Muhammad Isa Abdul Samad dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mencetuskan kebimbangan dari generasi kedua FELDA sendiri.

Pengerusi Pesatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dalam perbualan telefon dengan Tv Selangor hari ini berkata, cadangan pelantikan Isa akan ditentang habis-habisan ANAK kerana Isa mempunyai rekod prestasi buruk ketika memegang pelbagai jawatan dalam pentadbiran.
Menurut Mazlan lagi, seseorang seperti Isa tidak mungkin dapat memimpin FELDA dengan telus dan baik.
"Kalau betul beliau menggantikan(Tan Sri) Yusof Noor, saya mewakili generasi kedua menentang perlantikan ini. Kita semua tahu siapa Tan Sri Isa Samad rekod beliau ketika menjadi MB Negeri Sembilan, rekod beliau ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan rekod beliau ketika bertanding Naib Presiden (Umno) sehingga disabitkan kesalahan politik wang," jelasnya.
Isa sebelum ini menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 21 tahun dari tahun 1982 hingga 2004 sebelum dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pada 2004.
Bagaimanapun, pada 2005 beliau melepaskan semua jawatan setalah didapati bersalah oleh Lembaga Displin Umno kerana mengamalkan politik wang pada Pemilihan Umno 2004 dan digantung selama dua penggal serta digantung semua jawatan dalam parti itu.
Malahan Datuk Seri Rais Yatim yang ketika itu bertanggungjawab terhadap kehakiman bercadang membawa kes berkenaan kepada Badan Pencegahan Rasuah (sekarang SPRM) namun tiada tindakan susulan.
Isa bagaimanapun seakan 'diampunkan'oleh Umno yang kemudiannya mengurangkan penggantungan beliau selama tiga tahun sahaja dan kemudiannya menjadi ADUN Bagan Pinang dalam Pilihan Raya Kecil pada tahun lalu.
Spekulasi kuat bertiup di laman-laman blog bahawa Isa bakal menggantikan Tan Sri Yusof Noor yang tamat kontraknya Januari depan.
Mazlan mahu agar calon pengerusi FELDA seharusnya bersih dan mendapat persetujuan daripada warga FELDA sendiri, agar hak mereka dapat dijaga dan tidak ditindas oleh Pengerusi yang dilihat bersekongkol dengan pihak pentadbiran untuk menindas peneroka.
"Biarlah calon Pengerusi FELDA dipilih, dan ditanya pendapat warga FELDA ada mekanisme tertentu siapakah calon terbaik yang patut dinamakan kerana pengerusi inilah orang yang paling dekat dengan pentadbiran dan pengurusan," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.TVS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya Pengerusi Felda dipilih oleh Mazlan Aliman,barulah dia senyap.Ini kerana dia wakil generasi baru yang syok sendiri dan ditaja org yg rakus ingin tanah felda dijual dan dibangunkan bangsa lain.Mcmmana dia kempen kat mak dia nak wat tanah arwah bapak sendiri,kemudian terbiar 9 tahun smpai mak dia minta masuk felda balik,smpai skrg mak dia makan duit diusahakan felda sbb anak dia tau cakap aje,bertani tak mahu.bertanding pun kalah.pilihlah pemuda pas lain lagi bijak pandai,nak wakil generasi baru.bukan ada rekod yg malukan mak sendiri

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....