Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 7 Jun 2010

Parlimen sebulat suara lulus usul kutuk kekejaman Israel

Najib Razak (paling kanan), Hadi Awang, Nasharudin Mat Isa dan Muhyiddin Yassin bersama sukarelawan misi kemanusiaan Gaza di bangunan Parlimen pagi tadi. - Gambar Choo Choy May‪
KUALA LUMPUR, 7 Jun - Persidangan Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan usul mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza mengakibatkan sembilan aktivis terkorban dan 12 rakyat Malaysia ditahan pada 31 Mei lepas.
Usul yang dibentang pada 11.30 pagi tadi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diluluskan setelah perbahasan lebih lima jam oleh wakil kerajaan, pembangkang dan bebas.

Keputusan sebulat suara itu diumumkan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee ketika majoriti Anggota Parlimen berada dalam dewan kecuali mereka yang mempunyai urusan rasmi di luar, termasuk Anggota Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, yang turut mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza bersama Perdana Global Peace Organisation (PGPO) dengan kapal MV Rachel Corrie.
Dewan Rakyat mempunyai 222 anggota dengan 137 mewakili Barisan Nasional, 77 pembangkang dan lapan anggota Bebas. Pembangkang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (25), DAP (29), PAS (23) dan Bebas (lapan).
Seramai 28 anggota, masing-masing 12 daripada BN dan 13 daripada pakatan pembangkang serta dua anggota Bebas membahaskan usul berkenaan.TMI

1 ulasan:

BacokiAntiJudi berkata...

aduhai ust. Nasa,
apa pasal anta ni suka sangat cari pasal,
duk tersengih kat situ buat apa?,
bukankah banyak lagi tempat anta boleh tersengih,
tersengih depan cermin,
tersengih dalam tandas,
tersengih dekat bini anta,
anta jgn buat sikap kurang sabar,
patutnya anta tarik TGHH pergi jauh,
TGHH bukannya berat sangat,
mungkin tuan guru payah nak bergerak sedikit, anta sebagai timbalan, pegang tangan dan tarik,

PUTIK dan nak mula, aku takut anta jadi malu alah nanti, takut org berat nak bersalam dgn anta, ok aku tetap percaya kpd anta, tapi jagalah sikit, jgn malukan kawan.
Selamat bermuktamar.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....