RAWANG, 20
Mei — Keluarga Allahyarham Ashaari Muhammad mengaku mengadakan pantomin memperingati kematian pengasas Al-Arqam Isnin lau tetapi menegaskan, ia hanya diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat semata-mata.
Mei — Keluarga Allahyarham Ashaari Muhammad mengaku mengadakan pantomin memperingati kematian pengasas Al-Arqam Isnin lau tetapi menegaskan, ia hanya diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat semata-mata. Malah mereka juga tidak mahu orang ramai mensensasikan kematian bekas pemimpin Al-Arqam itu.
Mohd. Ikramullah, 44, anak keenam Ashaari berkata, program tersebut hanya satu bentuk kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.
“Pantomin itu hanya untuk sampaikan nasihat kepada masyarakat supaya sentiasa meninggalkan segala amalan yang negatif termasuk nafsu.
“Tajuk yang diberikan itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang maksud bahawa Allahyarham akan hidup balik, pulang bermaksud kembali ke tempat asalnya.
Mohd. Ikramullah berkata, perjuangan Islam akan tetap diteruskan sampai bila-bila walaupun tanpa Allahyarham.
“Lagipun sebelum Allahyarham meninggal beliau berpesan supaya sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.
“Allahyarham juga berpesan dunia ini hanya sementara dan semua amalan negatif dan nafsu buruk perlu disingkirkan sebelum hari kiamat,” kata Mohd Ikramullah lagi.
Satu pantomin bertajuk “Kalahkan Nafsu, Abuya Pulang” telah diadakan selama dua mulai Isnin lalu bertujuan sebagai satu kesedaran kepada kepada masyarakat.