Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 2 Mac 2010

“Ulamak, tolonglah tegur-tegurkan kami, golongan artis…” – Amy Search


KUALA LUMPUR : Amy Search atau nama lengkapnya Suhaimi Abdul Rahman menyeru agamawan tanahair dan kaum ulamak di negara ini agar dapat tampil membetulkan keadaan, menasihatkan artis agar kembali ke pangkal jalan.
“Saya harap ulama, ustaz-ustaz dampingi kami (artis), tanpa ulama tegur kami, kita mungkin lalai,” katanya dalam forum Islam Untuk Semua di sini, semalam sempena sambutan Maulidur Rasul
Tambah Amy, golongan agamawan dan ulamak diseru agar sentiasa mendampingi artis untuk membantu golongan hidup ini ke arah yang lebih baik.
Media dan akhbar arus perdana kerap melaporkan hal-hal sekitar kehidupan artis yang tersasar dari jalan sebenar dan kes-kes seperti ini, kata penyanyi rock yang popular dengan Isabella itu, perlulah mendapat perhatian agamawan dengan sewajarnya.
Media perdana baru-baru ini melaporkan penyanyi dan pelakon Maya Karin, 31, yang berkahwin dengan pasangannya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali, 41, kini mengalami pergolakan rumah tangga malah, tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya.
Sementara itu, Liena Hangat, 37, (Norazlina Abdul Rahmah) pernah gagal dalam perkahwinan campur bersama lelaki Perancis, Muhammad Jamal Delaloy Abdullah pada 21 Ogos 2002, lalu bercerai secara fasakh pada 6 Ogos 2008.

“Melalui pengalaman sendiri, memang benar perbezaan budaya dan cara hidup sedikit menghuru-harakan perkahwinan saya,” katanya.
“Sikap mereka yang hanya mementingkan diri sendiri secara tidak langsung menyukarkan proses perbincangan sehingga membawa ke arah perceraian,” kata Liena yang kini berkahwin bersama Mohd Zaipul Bahri Ghazali, 35, yang dinikahinya pada 9 Mac tahun lalu.
Kehidupan gelap artis perlu dijernihkan
Sementara itu, pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah turut mengakui betapa jauhnya garis kehidupan kebanyakan artis hari ini dengan Islam.
Di KB Mall, dalam acara bual bicara yang lalu, anjuran kerajaan Kelantan, ketika mengupas tajuk Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat, pelakon pengacara Wardina Safiyyah berkata, masyarakat awam tidak patut langsung menjadikan artis sebagai ikon mereka.
“Tak payah nak tegakkan benang yang basah kerana saya tahu macam mana keadaannya dalam dunia artis itu. Jadi, pada saya, tak payah nak jadikan artis-artis ini idola anda semua, tak payah, tak payah,” kata beliau.
Wardina atau nama penuhnya, Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot berkata, masyarakat hanya boleh mengambil ciri-ciri positif sahaja, tapi tidak boleh mengangkat mereka ke darjat idola dan ikon.
“Saya takut bila perkara salah yang artis lalukan tidak menjadi salah lagi, perkara yang salah tidak ditegur para ustaz dan ulama, artis-artis jahil dan mengeluarkan kenyataan bodoh mengenai agama. Tetapi tidak ada orang tegur, artis berbaju separuh bogel tidak ada orang tegur dan hiburan terlalu banyak dan melalaikan. Ini yang saya risau sebenarnya,” katanya.
Acara bual bicara itu turut menampilkan undangan novelis terkenal Indonesia, Habiburrahman el-Shirazy dan personaliti TV9, Farrah Adeeba Mohd Ashraf.
”Sebagai ibu bapa, adakah kita akan berdiam diri membenarkan anak kita terus mencontohi ‘bulat-bulat’ apa yang dilakukan artis kita? Adakah mereka sudah cukup baik untuk dijadikan ikutan?
”Terus terang, saya tidak rela untuk membenarkan anak saya menjadi salah seorang peminat mereka. Malu sungguh dengan ‘perangai’ sebegitu. Ia bukan nilai murni yang sepatutnya diwarisi kepada mereka,” kata beliau lagi.
Tambah Wardina, pandangan peribadinya itu dilontarkan dengan penuh kejujuran, menerusi pengalaman yang pernah dilalui dan beliau tiada niat untuk mendabik dada atau mengaibkan sesiapa.
”Saya sendiri tidak layak untuk menjadi ikon. Sebabnya, saya terasa banyak kekurangan. Terus terang saya memang kecewa dengan keadaan industri hiburan tanah air masa kini,” katanya.
Menyentuh garis kehidupan lalu yang kelam dan suram ketika bergelar artis, Wardina mengakui bahawa hidupnya terasa kosong.
“Setiap hari makan bangun tidur, malam pergi kelab malam, enjoy, balik rumah, itukah tujuan hidup kita? Saya terdiam dan saya cakap dekat mak saya mahu menunaikan umrah.
“Saya pergi Makkah dengan niat, Ya Allah, tolonglah bagi saya hidayah Ya Allah, saya amat memerlukan kasih daripada Allah, kalau Allah tidak sayang saya, tidak ada gunanya saya hidup,” tambah beliau lagi.
Beliau turut menyentuh keraguan orang-ramai berhubung popularitinya yang akan merudum jika bertudung dan menutup aurat.
“Selepas saya bertudung, ramai yang berkata, saya tidak akan menjadi popular lagi dan tidak ada yang akan mengambil saya berlakon lagi.
“Tapi apa yang terjadi? Iklan syampu pertama di dunia yang menampilkan wanita bertudung adalah iklan saya, pertama dalam dunia. Kemudian iklan itu dibawa ke luar negara, sebab apa? Iklan syampu itu selepas ia dikeluarkan, jualannya berkali-kali ganda,” ujarnya.
Menyentuh isu yang sama, Farah Adeeba berkata, bukanlah suatu kesalahan untuk menjadi selebriti, tetapi hendaklah mereka selalu beringat bahawa kehidupan di dunia ini bukanlah untuk mengejar keseronokan semata-mata.
“Kita mesti letakkan niat yang betul dan tanamkan dalam jiwa untuk menjadi penyalur dakwah Rasulullah,” kata Farah Adeeba dalam bual bicara yang sama.
Sementara itu, Habiburrahman El-Shirazy berkata, bukan artis sahaja yang boleh diangkat sebagai selebriti.
Novelis ‘Ayat-ayat Cinta’ dan ‘Ketika Cinta Bertasbih’ itu berkata, personaliti sukan, politik dan apa saja bidang yang boleh melonjak seseorang itu, sehingga terkenal lalu kehidupannya selalu dibicarakan sekali gus menjadi pusat tumpuan, juga termasuk dalam kelompok selebriti.
“Menjadi seorang selebriti sebenarnya membolehkan kita mendapat pahala yang berganda kerana apa yang kita lakukan biasanya akan mendapat liputan dan kemungkinan dicontohi orang lain.
“Misalnya, jika berita infotainmen memaparkan kisah seorang artis yang bersolat tahajud atau menghafal al-Quran, artis itu akan mendapat lebih pahala jika ada peminat yang mengambil teladannnya.
“Kisah begini sudah tentu lebih baik daripada cerita artis yang tiba-tiba hamil sebelum kahwin yang banyak berlaku di Indonesia,” katanya yang mesra dipanggil Kang Abik.
Habiburrahman juga memberi contoh tentang salah seorang pelakon wanita dalam filem Bila Cinta Bertasbih, Alyss Norin yang baru masuk Islam terpaksa mencari guru untuk mengajarnya mengaji kerana kehendak wataknya sebagai Ilyana.
“Ini sudah tentunya lebih baik daripada cerita negatif artis ditangkap kerana dadah,” kata beliau lagi.-Era Pakatan

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....