Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 6 Februari 2010

Ahmad Fadhli setiausaha akhbar Tok Guru Nik Aziz yang baru

KOTA BARU, Feb 6 — Ahmad Fadhli Shaari, yang menjadi teka-teki sama ada bakal mengisi jawatan setiausaha akhbar Menteri Besar Kelantan, yang kosong ketika siri isu kontroversi di negeri itu, akan lapor diri menyandang jawatan itu esok.
Ketika mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, beliau akan menggantikan Mohd Saiba Yaakub yang telah menamatkan kontraknya pada 2 Feb lalu.
Saiba menyandang jawatan tersebut selama lapan tahun tetapi tidak berhasrat menyambung kontraknya atas alasan ingin menyambung pengajian.
“Kira-kiranya begitulah. Hari Ahad (esok) mulai lapor diri,” katanya ringkas seolah-olah masih belum bersedia untuk memberi reaksi terhadap pelantikan itu.
Menurut sumber, Ahmad Fadhli yang sepatutnya melapor diri 3 Feb lalu tidak berbuat demikian kerana dikatakan sedang bercuti.

Ahmnad Fadhli adalah Ketua Jabatan Al-Dakwah Wal Qiadah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra berkelulusan B.A Kuliyyah Dakwah Islamiah dari universiti Al-Azhar.
Tiga minggu lalu beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan menggantikan Dr Rosli Allani Abdul Kadir yang melepaskan jawatannya ekoran kontroversi perkahwinan keduanya yang dikatakan terlibat dengan perkahwinan sindiket.
Pada 1 Jan lalu Annual Bakhri Harun melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar kerana masalah peribadi dan diganti dengan bekas pengarah Pusat Kajian Strategik, Wan Nik Wan Yussof.
Keputusan Saiba dan Annual Bakhri itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi kononnya ia berkaitan dengan krisis pentadbiran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang melibatkan menantu Menteri Besar negeri itu sendiri.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....