Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 29 Januari 2010

Demo bantah pilihan raya UKM, 5 pelajar ditahan


KUALA LUMPUR, Jan 29 — Pilihan raya kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam berakhir dengan demonstrasi petang ini, menyebabkan lima pelajar institusi pengajian tinggi itu ditahan polis.
Kumpulan pelajar yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya, yang berlangsung semalam, mengadakan demonstrasi di pekarangan Masjid UKM selepas solat Jumaat tadi.
Mereka mendakwa wujud ‘penyelewengan’ khususnya membabitkan kiraan undi di Fakulti Kejuruteraan - bagi mengisi kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan ‘amalan tidak sihat’ pengundian di peringkat kolej.

Undi yang dikira di peringkat fakulti itu didakwa tidak sama ketika dijumlahkan di peringkat umum.
Sekumpulan calon yang tidak berpuas hati, yang mengadakan protes awal pagi tadi, turut mengemukakan bantahan kepada pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik) 11.30 pagi tadi.
The Malaysian Insider difahamkan susulan itu, kira-kira 500 pelajar berhimpun di Masjid UKM untuk melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan yang diumumkan malam tadi.
Jurucakap calon yang tidak berpuas hati berkata, mereka membacakan nota bantahan berhubung cara pilihan raya dijalankan kali ini khususnya ketika pengundian dan pengiraan semalam.
Keputusan pilihan raya diketahui tengah malam tadi.
Mereka dipercayai kumpulan Pro-Mahasiswa yang hanya memperoleh 15 kerusi. Calon Pro-Aspirasi menang 19 kerusi manakala calon Bebas satu.
Setakat 3 petang tadi tiga daripada pelajar sudah dibebaskan.
Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan FRU diletakkan di kawasan masjid itu ketika demonstrasi.
Jurucakap itu berkata dua pelajar iaitu Muhd Zarimi Mohamad @ Abdullah, pelajar tahun empat, dan Muhamad Huzaifah Jusof Khadidi, pelajar tahun satu, yang turut dibebaskan telah diminta hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk diambil kenyataan.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Shakaruddin Che Mod mengesahkan pelajar ditahan kerana mengadakan demonstrasi membantah perjalanan pilihan raya UKM di kampus itu di Bangi.
“Dua pelajar itu telah diminta datang untuk memberikan kenyataan dan mereka akan dibebaskan hari ini juga... mereka tidak akan dikenakan reman,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....