Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 15 Disember 2010

Akim Tukar Nama Baru,Zaid Sah Presiden Parti

Zaid Ibrahim bersama barisan kepimpinan Akim yang kini dikenali sebagai Kita selepas mesyuarat agung tahunanya di Petaling Jaya hari ini. — Gambar oleh Choo Choy May

PETALING JAYA, 15 Dis — Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), yang mengadakan mesyuarat tahunan pertama di luar Kelantan hari ini, dan turut dihadiri Datuk Zaid Ibrahim, akan dikenali sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).
Zaid pula dipilih sebagai presiden yang baru pada mesyuarat agung tahunan yang diadakan Tropicana Golf Resort.
Beliau mengambil alih tempat Zakaria Salleh, yang semalam memberitahu The Malaysian Insider bahawa penyertaan Zaid untuk menjadikannya sebuah parti baru yang boleh melakukan perubahan besar kepada landskap politik negara.
“Saya juga percaya Akim selepas ini akan menjadi persaingan kepada PAS dan Umno, dengan kemunculan Datuk Zaid saya rasa beliau boleh gunakan kelebihan, kekuatan dan pengalaman untuk membantu parti menjadi sebuah parti yang kuat,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.
Zaid telah menyerahkan borang keahlian Akim selepas keluar daripada PKR pada 19 November lalu.
Bekas pengerusi Parti Keadilan Rakyat Wilayah Persekutuan itu berkata, Kita akan menjadi sebuah parti berbilang kaum di negara ini.
Beliau menggunakan pendekatan sama digunakan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat semasa hendak menubuhkan parti mereka 11 tahun lalu iaitu mengambil alih parti lain.
Bagaimanapun Zaid enggan menggunakan perkataan presiden sebaliknya mahu jawatan itu dikenali sebagai “ketua parti”.
“Parti politik jika nak maju mesti menjadi sebuah parti yang berbilang kaum.
“Saya yakin Kita mampu menjadi sebuah parti yang berbilang kaum di negara ini,” kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat agung Akim.
Terlebih dahulu dalam ucapan penggulungan, Zaid menegaskan, parti itu adalah sebuah parti demokrasi yang akan menerima mana-mana indivdu yang mahu memperjuangkan kepentingan rakyat di negara ini.
“Kita parti berbilang kaum, kita terima semua kaum. Kita juga terima sesiapa sahaja yang mahu melakukan perubahan dalam politik negara.
“Sebab itu, kita terbuka untuk sesiapa... kita mahu mereka yang mampu beri sumbangan kepada masyarakat. Kita tidak mahu mereka yang hanya pandai mengampu sahaja,” katanya.
Peguam itu sebelum ini pernah menganggotai Umno dan PKR.

Zaid, 59, menyertai PKR pertengahan tahun lalu selepas dipecat oleh Umno akhir 2008.
Bekas ketua Umno Kota Baru ini pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 dan menganggotai Kabinet pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sebelum dilantik sebagai menteri Kabinet, Zaid mengetuai syarikat guaman sendiri iaitu Zaid Ibrahim & Co.
Anak kelahiran Bachok, Kelantan ini bertanding sebagai calon PKR pada pilihan raya kecil Hulu Selangor tetapi tewas.
Pada 16 Oktober lalu, Zaid mengumumkan tawaran untuk bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR tetapi gara-gara dakwaan bahawa pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus, mengumumkan penarikan dirinya daripada pertandingan pada 8 November.
Peletakan jawatannya sebagai ahli PKR diterima oleh parti serta-merta pada 22 November lalu walaupun menyerahkan notis supaya beliau berundur secara rasmi pada 16 Disember dan beliau meluahkan hasrat untuk menubuhkan parti baru menjelang pilihan raya umum ke-13.

Artikel berkaitan sebelumnya DISINI..

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....