Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 14 November 2010

Pas Mesti Jadi Yang Terbaik

SHAH ALAM,14 Nov: PAS harus menjadi jauh lebih baik daripada Umno dan berlumba untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat jika serius ingin menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, PAS harus bersedia menawarkan perkhidmatan terbaik dalam semua bidang seperti ekonomi, kebajikan dan keadilan sosial agar rakyat yakin dengan keupayaan PAS untuk memerintah.
"Perlumbaan kita dengan Umno ini perlumbaan untuk menawarkan yang terbaik kepada rakyat.
"Saya tidak menafikan Umno berada dalam keadaan yang boleh dikatakan baik jadi kalau PAS nak ganti Umno,kita mesti jadi lebih baik.
"Kita mesti jadi baik dalam semua bidang,ekonomi,keadilan dan apa sahaja.Itu jaminan PAS dan Pakatan Rakyat kepada rakyat, kata Nasruddin dalam ucapan penutup seminar "PAS Ganti Umno" di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) petang semalam.
Beliau yang juga ahli Parlimen Bachok turut berkata, PAS berbeza dengan Umno dalam memperjuangkan Islam iaitu Islam yang ditonjolkan PAS memberi kebaikan kepada semua bangsa.
Perkara ini katanya selaras dengan ajaran Al-Quran dan sunnah yang merupakan pegangan parti itu.
"Al-Quran ada menyebut janganlah kebencian kita kepada sesuatu kaum itu menyebabkan kita tidak berlaku adil. Jadi apa yang saya lontarkan ialah tawaran dan pasaran kita harus masuk ke setiap hati rakyat Malaysia. Kita tak boleh ketepikan individu tertentu hanya kerana dia tidak bersama kita.
Beliau turut mengingatkan ahli agar tidak berasa selesa di kalangan ahli sahaja tetapi harus berusaha meluaskan pengaruh.
"Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli untuk menawan hati setiap kaum. Kita tidak boleh syok sendiri di kalangan ahli kita sahaja.

"Itulah perbezaan Islam yang kita perjuangkan dengan Islam yang diperjuangkan Umno.Samada muslim,non muslim,Umno ke,tak Umno ke mereka adalah mad'u kita yang perlu didekati," katanya lagi.
Selain itu, Nasharuddin berkata, setiap ahli PAS mesti meletakkan diri mereka sebagai "mujaddid" untuk melakukan pembaharuan terhadap pemerintahan negara.
"Hadis Rasulullah S.A.W ada menyebut, setiap seratus tahun Allah akan menurunkan mujaddid untuk urusan reform kepada agama.
"Mujaddid bukan sahaja individu, tetapi boleh jadi juga pemikiran,organisasi atau parti politik.
"Jadi marilah kita mengangkat diri kita sebagai mujaddid untuk melakukan perubahan dan pembaharuan dalam negara," katanya.
Seminar sehari itu dihadiri lebih seribu ahli yang terlibat di peringkat pusat,negeri,kawasan dan cawangan dan dirasmikan oleh Presiden PAS sebelum pembentangan dua kertas kerja dan forum.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....