Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 16 November 2010

Jika Zaid Sertai Pas : Ulasan Dua Pimpinan Pas,Mana Yang Lebih Relevan


Menarik,ulasan dari dua orang pimpinan Pas jika sekiranya Zaid berhajat sertai Pas.Seorang Naib Presiden dan seorang lagi bekas Naib Presiden.Korang baca dan fikirkan sendiri yang mana lebih relevan dalam mengulas isu ini....

ULASAN DATUK HUSAM MUSA YANG DIPETIK DARI MALAYSIAKINI

Ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa berkata parti itu sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli parti lain, termasuk Datuk Zaid Ibrahim yang mengesahkan akan keluar daripada PKR.
Husam yang juga ADUN Salor berkata, PAS pernah menawarkan tempat kepada Zaid dalam parti itu namun ditolak kerana Zaid lebih cenderung menyertai PKR.

"Dia (Zaid) sudah dewasa kalau dia nak masuk mana-mana parti...dulupun kita tawarkan dia masuk PAS, dia menolak namun terpulanglah kepada dia mana-mana parti dia nak masuk," katanya selepas ditemuramah Bernama menerusi rancangan Hello Malaysia di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur.

Zaid yang juga bekas ketua PKR Wilayah Persekutuan, hari ini secara rasmi melahirkan hasratnya untuk berundur dari parti itu. "Memang benar saya akan meninggalkan parti itu tetapi saya belum menyerahkan borang rasmi lagi,” tulis Zaid di blognya petang ini.

Katanya, “semuanya akan dijelaskan” apabila beliau mengeluarkan kenyataannya pada Jumaat ini.

ULASAN SALAHUDIN AYUB YANG DIPETIK DARI MSTAR

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, jika benar keputusan itu, ia seharusnya dihormati kerana dalam demokrasi mana-mana individu berhak untuk menyertai mana-mana parti.
“Bagaimanapun, sama ada diterima atau tidak beliau dalam parti bergantung kepada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.
“Jika Zaid mahu, beliau boleh mohon. PAS mengambil sikap terbuka maka siapa-siapa pun boleh memohon.
“Namun keputusan melibatkan semua dalam PAS dan perkara itu perlu diperbincangkan terlebih dahulu sebelum diputuskan lebih jelas dalam mesyuarat,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Salahuddin berkata, banyak faktor dan pertimbangan perlu dilakukan melalui mesyuarat jawatankuasa kerana Zaid dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Zaid daripada PKR, sebelum itu daripada Umno. Banyak masalah dan kontroversi yang berlaku. Jadi pertimbangan sewajarnya perlu diutamakan.
“Jika dia mahu sertai PAS, itu hak dia. Tak ada masalah. Cuma sama ada lulus atau tidak untuk kita terima dia, itu belum pasti,” katanya.
Dalam pada itu, Umno pula tidak akan menerima bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut untuk menyertai semula dalam parti itu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini berkata Umno telah 'membuang' Zaid maka tidak perlu diambil semula.
“Dia juga akan bagi masalah. Kita tidak suka orang yang beri masalah,” katanya.
Zaid pada 8 November lalu menarik diri daripada merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatannya dalam parti.
Keputusan itu ekoran dakwaannya bahawa terdapat penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung.
Bekas Ketua PKR Wilayah Persekutuan itu turut berkemungkinan akan menubuhkan parti baru sekiranya dipecat daripada parti sebelum mengumumkan keluar parti.

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Amacam pada pendapat korang ulasan siapa yang lebih bernas dalam situasi politik sekarang,ambo secara peribadi lebih penyokong pandangan Salahudin Ayub.Yalah benda ni harus diputuskan dalam mesyuarat AJK Pas Pusat.
Betul sesiapapun boleh menyertai Pas asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan perlembagaan.Tapi perlu difikirkan juga samada penyertaan seseorang itu akan membawa kesan negatif atau positif pada parti.Ini pandangan peribadi ambo jelaaa...

6 ulasan:

mrbh81 berkata...

Btl2 nmpk cerdik YB Salahudin..he3

Tanpa Nama berkata...

Aku pun sokong Salahudin,nampak berhati hati dalam ulasan.Bukan main hentam je...

Pas Sejati berkata...

Sudah kenal siapa Zaid sebenarnya !!! bukankah beliau yang saman hudud dulu.Takkan Husam dah lupa kot....

Ahli Baru PAS berkata...

Apalah ko rang semua ni, memang setiap permohonan ahli diputus dlm mesyuarat Pusat, mana boleh pakai terima gitu2...tak tahu perlembagaan ke? kena baca perlembagaan PAS baru boleh jadi pimpinan.

otaklunyai berkata...

Harus lebih berhati2 dengan makhluk jenis ini. Dia berhak kita pun ada hak untuk menjaga Parti dan kebajikan ahli2 parti. kalau nak masuk PAS terus nak jawatan itu karut lah tu. Kalau nak masuk PAS nakkan jawatan baru nak berkhidmat untuk parti dan ahli itu pun mengarut. Kena lebih berhati2 sebab makhluk ni akan cuba mengungkit2 sumbangannya kepada parti untuk mendapat balasan. Kena suruh dia bertaubat nasuha dulu dan betulkan nawaitu untuk berjuang kerana Allah S.W.T. Kena letak 'under probation' selama beberapa tahun sebelum confirm... tengok keletahnya dulu bila beberapa tahun tak da jawatan bolehkah dia bertahan dan berkhidmat untuk parti dan ahli.

Sebab rekod dia dah jelas dan dah terbukti keburukkannya... jangan masuk perangkap lagi dengan makhluk2 begini...

bijan berkata...

dua dua pun betul..Yb salahuddin bercakap atas tiket naib presiden..yang YB Husam bercakap umum sikit sebab dia hanya ajk...itu saja ..semua tahu yang lulus bukan husam atau salahuddin...waaa rasa elok tak payah ulas isu ini..takde apa faedah ..isu macam ini UMNO suka sangat nak ulas dan berlaga sesama..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....