Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 17 Oktober 2010

Muzakarah UMNO dan PAS : Zambry tidak hadir.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain sedang memberikan pandangannya. Berbaju kuning, Dato Thasleem penganjur program

IPOH, 17 Okt.:- Saya menegaskan bahawa tindakan saya menganjurkan program kita pada hari ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik seperti dituduh oleh beberapa pihak. Tetapi saya menganjurkan muzakarah ini atas tanggungjawab sebagai seorang muslim dan anak Perak.. Demikian kenyataan Dato Thasleem Mohamed bin Ibrahim Al Haj sebagai penganjur Muzakarah Bersama Umno dan PAS (Pecah Amanah Pengundi) yang diadakan disebuah hotel di sini hari ini.


Muzakarah tersebut diadakan oleh Dato Thasleem itu dihadiri oleh Menteri Besar Perak yang telah disingkirkan , Dato. Seri Muhamaad Nizar Jamaluddin, Speker PR Perak, V. Sivakumar, ADUN PR, Khalil Idham Lim/Titi Serong, Muhd Zainuddin/Lubok Merbau, dan Anuar Sudin/Changkat Jong. Hadir sama Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain dan Timbalannya Dr. Khairuddin Dato Abdul malik.

Sekitar 15 orang rakan media yang datang dan selain itu peserta muzakarah lain ialah dari para NGo dan wakil-wakil parti politik .

Dato Thasleem juga menyatakan dalam ucapan alu-aluan itu ialah mengenai usahanya menghubungi semua pihak antaranya PM Malaysia, Timbalannya, MB Perak, Dr. Zambry, Mufti Perak, Dr. Harun Din dan semua parti politik seperti MCA, MCA, PPP dan beliau menunjukkan longgokan salinan surat yang telah dikirim.

Mengenai surat kepada Dr. Zambry beliau telah menghantar surat pertama sejak bulan September namun hanya mendapat jawapan pada 15 Oktber yang lepas dengan faks menyatakan tidak dapat hadir.

"Tetapi takkan tidak ada wakil dan penasihat agama yang boleh mewakili beliau pada hari ini" jelasnya dalam nada kesal.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa Dato Tasleem ni? MB Perak tak hadzir.Mengapa PAS Perak terhegeh-hegeh terima pelawaan Dato Tasleem ni? Nampaknya UMNO Perak tak berminat nak bermuzakarah,buat apa PAS Perak datang kemuzakarah ni?Adakah kehadiran PAS Perak tu sudah dibenarkan oleh PAS Pusat?Kalau pun nak memerintah Perak kembali,tak perlu jual maruah.

mat jelebor berkata...

Tak ada yang nak dimuzakarahkan.Dato Seri Nizar,MB pilihan rakyat,Zambri Mamak MB pilihan Sultan dan mahkamah.UMNO rampas mandat rakyat dari Pakatan Rakyat melalui istana dan mahkamah.PAS tak perlukan UMNO untuk berkuasa kembali diPerak.PAS Perak tak wajar terima jemputan muzakarah ni.Ini adalah satu helah UMNO untuk berkongsi kuasa satelah PRU ke13.Waspada PAS Perak,jangan terjebak dalam perangkap UMNO.

hussin berkata...

"Dato Thasleem juga menyatakan dalam ucapan alu-aluan itu ialah mengenai usahanya menghubungi semua pihak antaranya PM Malaysia, Timbalannya, MB Perak, Dr. Zambry, Mufti Perak, Dr. Harun Din dan semua parti politik seperti MCA, MCA, PPP dan beliau menunjukkan longgokan salinan surat yang telah dikirim."

harun din? baton 'perpaduan' yang dibawa oleh ug kini di tangan harun din. seronok betul dapat pegang baton ni.

bila dan kenapalah pas ni tak serik2 nak berkawan sangat dengan umno...

tutup, buka, tutup, buka - perpaduan. hang tak payah nak bagi apa2 alasanlah, pokoknya perpaduan dengan umno!!!

who is this dato thasleem? baton perpaduan umno kini dilepaskan oleh mufti perak kepada dia.

padanlah ada 'terasa' pas terpinggir. konpemlah, ada agenda. jangan terperanjat pru13 ni, pas masuk gelanggang secara "sendiri"! bunga2nya dah ada...

bukankah harun din salah seorang yang menggalas projek ug? pas perak pun nampaknya dah terkena tempias selsema ug.

kan dah kata, lama daaah, selagi jalan raja laut dicengkam oleh kelompok ug, "perpaduan" akan muncul dalam berbagai rupa.

salah satu darinya ialah tarikh pru13. ia akan diadakan lebih awal dari muktamar pas. jika hampir, muktamar akan ditunda. tahu2 sajalah sebabnya!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....