Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 13 Oktober 2010

Istana Kelantan Tarik Balik Gelaran ' Datuk ',Reaksi Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak kecewa berhubung keputusan Istana Kelantan menarik balik anugerah gelaran Darjah Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) yang membawa gelaran Datuk Paduka daripadanya, sebaliknya menyifatkan tindakan berkenaan sebagai perkara kecil.
Menurut Ibrahim, sebagai rakyat yang taat kepada raja, beliau akur dengan keputusan berkenaan serta akan terus memberikan kesetiaan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
"Pada saya tak ada hal langsung, saya tak rasa kecewa atau dukacita kerana saya seorang pejuang dan kalau dilihat kepada perjuangan saya pun, saya konsisten mempertahankan institusi Diraja yang terkandung dalam Perlembagaan negara.
"Jadi ketaatsetiaan saya kepada sultan baru ini juga tidak berbelah-bahagi. saya akan tetap taat, saya akur dan akan terus petahankan... soal darjah ini perkara kecil bagi saya," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen di sini, Rabu.
Ibrahim merupakan antara empat individu yang dilucutkan anugerah kebesaran.
Mengumumkan perkara tersebut di Kota Baru, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias berkata, baginda Sultan Kelantan menarik balik semua darjah kebesaran termasuk gelaran Datuk Paduka daripada Ibrahim dan Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) yang dianugerahkan kepada bekas Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud berkuat kuasa hari ini.
Sebelum ini baginda turut melucutkan gelaran `Temenggong' daripada adinda baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Selain pernah menerima anugerah daripada Kelantan, Ibrahim juga turut dianugerahkan gelaran Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Mulia Seri Mahkota daripada Melaka.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan berkenaan dan menyifatkan tindakan itu sebagai trend di Kelantan.
"Saya tidak terkejut, ini trend yang berlaku di Kelantan sekarang," katanya.
Mengakui mengetahui mengenai penarikan gelaran berkenaan melalui media, Ibrahim berkata beliau masih belum menerima surat rasmi berhubung perkara tersebut.
Ditanya sama ada penarikan anugerah itu ada kaitan dengan kelantangannya membela nasib orang Melayu melalui Perkasa, beliau berkata: "Saya tak tahu sebab anugerah itu ditarik balik.
"Tapi kalau (berkaitan) Perkasa, saya patut diberi anugerah yang lebih tinggi sebab dalam Perkasa kami pertahankan Perlembagaan negara dan institusi Diraja."

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....