Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 21 Oktober 2010

Iklan Hari Raya : TV3 Didenda RM50,000

KUALA LUMPUR 21 OKT : Stesyen televisyen TV3 dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan Hari Raya yang dianggap menghina dan memalukan Agama Islam.

Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian, Komunikasi dan Maklumat Datuk Joseph Salang Gandum dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, mengesahkan bahawa SKMM telahpun selesai menjalankan siasatan berikutan bantahan serta aduanorang ramai yang menganggap iklan Hari Raya yang disiarkan menghinna serta memalukan Agama Islam.

TV3, anak syarikat dibawah kumpulan Media Prima Sdn Bhd disiasat oleh SKM di bawah Seksyen 206 3 akta SKMM dan dikenakan denda kompaun maksimum oleh SKMM .

Syarikat penyiaran berkenaan telah menyiarkan iklan Hari Raya berkontroversi tersebut beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya Aidil Fitri September lalu dan mendapat bantahan dari beberapa pertubuhan dan badan buka kerajaan (NGO) Islam.

Ekoran bantahan yang dibuat, Stesyen TV berkenaan kemudiannya menarik balik iklan yang mengandungi unsur-unsur Krismas serta menghina Islam dan memyiarkan permohonn maaf secara terbuka kepada penonton siaran stesyen televisyen tersebut.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....