Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 2 Oktober 2010

Gelaran Temenggong Ditarik Balik,Ulasan Tengku Fakhry

Tengku Muhammad Fakhry Petra berkata beliau kecewa dengan tindakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V melucutkan gelaran Temenggong dan semua anugerah yang diberikan kepadanya sebelum ini.

Katanya beliau menerima nota daripada Setiausaha Kerajaan Datuk Mohd Aiseri Alias semalam yang memaklumkan mengenai keputusan Sultan Kelantan itu.

“Saya kecewa tetapi tidak terkejut kerana baginda dilihat sebagai wajar untuk mengambil tindakan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sultan Muhammad ke-V turut menarik balik Darjah Kerabat Yang Dihormati (DK) (Al-Yunusi) serta Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi) yang sebelum ini dianugerahkan kepada adinda ketiga baginda itu.

Beliau mendakwa kekandanya tidak mempunyai kuasa untuk menarik balik gelaran dan anugerah itu kerana berpendapat ayahandanya Tuanku Ismail Petra masih sebagai Sultan Kelantan.

Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar pada 13 Sept lepas.

Bulan lepas, bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra, memfailkan petisyen di pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah berkenaan bahawa pemasyhuran anakanda sulung baginda itu tidak mengikut perlembagaan. — Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....