Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 22 September 2010

Sumbangan RM 4 Bilion Pada Pas Kelantan,Ulasan Naib Presiden Pas



KUALA LUMPUR, 22 Sept — PAS menafikan parti itu ada menerima sumbangan RM4 bilion daripada sebuah syarikat asing - baru-baruIda World Group, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.

Malah menurut beliau, PAS Kelantan juga tidak pernah menerima permohonan syarikat yang dimaksudkan untuk membuat sebarang projek pembangunan di negeri itu.

Tegas beliau, penyebaran berita itu adalah satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS.

“PAS memandang serius ekoran tersebar gambar kononnya sebuah syarikat perniagaan memberikan sumbangan sebanyak RM4 bilion kepada PAS melalui satu cek replika.

“Bagi mewakili PAS, saya dengan ini menafikan PAS pernah menerima cek sebenar atau sumbangan bernilai RM4 bilion dari syarikat ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah PAS juga tidak tahu menahu tentang projek syarikat ini di Kelantan.

“Setelah menyemak dengan PAS Kelantan, saya juga mendapati PAS dan kerajaan negeri Kelantan tidak pernah menerima permohonan dari syarikat ini untuk membuat sebarang projek pembangunan di sana.

“Sehubungan itu, kami sifatkan berita ini serta penyebaran berita sebegini satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS,” katanya lagi.TMI

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Isu RM4 bilion nh bukan perkara main-main.Nampaknya, PAS negeri Kelantan telah bermuka-muka di dalam isu hasil pendapatan negeri. Mungkin mereka mahu rakyat beranggapan bahawa kerajaan negeri tak mempunyai wang untuk melaksanakan pembangunan di negeri tersebut.Jadi, bila rakyat ingat kerajaan negeri tak berduit, tak payahlah buat pembangunan di Kelantan. Dan jika rakyat bising nakkan pembangunan, kerajaan negeri akan tuduh kerajaan pusat tak beri bantuan dan juga sekat kemasukan pelabur.Apa nak jadi la.

celah gelegar berkata...

Pohon add celah gelegar di blog Tinta Hijau, tq

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....