Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 1 September 2010

Sultan Selangor gantung Liong Sik, Phang guna gelaran

Tun Ling Liong Sik
SHAH ALAM, 1 Sept — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan supaya Darjah Kebesaran Negeri yang membawa gelaran “Datuk” yang dikurniakan kepada bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik digantung.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud berkata baginda juga menitahkan agar darjah kebesaran negeri yang dikurniakan kepada bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, Datin Paduka O.C. Phang, turut digantung.

Tindakan itu diambil setelah Ling dan Phang dihadapkan ke mahkamah berhubung skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara,” kata Ramli.

Beliau berkata keputusan penggantungan itu dibuat setelah Dewan Diraja Selangor bersidang pada 19 Ogos lepas.

Ramli berkata penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran bagi Ling dan Phang akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan mereka tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan.Ling dan Phang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan masing-masing.

Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor membawa gelaran Datuk dikurniakan kepada Ling pada 1992, manakala Darjah Kebesaran Datuk Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang membawa gelaran “Datin Paduka” dikurniakan kepada Phang pada 2001. — Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....