Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 2 Ogos 2010

Anwar buat aduan polis terhadap Saiful, Farah


Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sambung dengar kesnya hari ini. - Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan tuduhan liwat, pagi ini membuat laporan polis terhadap saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan dan juga Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif, yang didakwa menjalani hubungan romantis, di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Dalam laporan yang dibuat di balai polis Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini pukul 11 pagi tadi, Anwar mendakwa Saiful dan Farah Azlina telah melanggari Seksyen 8(1) dan Seksyen 8(2) akta itu.

“Saya telah membuat laporan polis pagi ini terhadap Saiful dan Farah... saya juga telah meminta polis menyegerakan siasatan mereka.

“Pada hari Isnin, kami akan mengemukakan hujah berhubung permohonan untuk mengetepikan tuduhan (liwat),” kata Anwar kepada pemberita selepas membuat laporan polis.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu mahu tuduhan terhadapnya digugurkan ekoran pendedahan Raja Petra Kamaruddin dalam Malaysia Today dua minggu lalu bahawa Saiful dan Farah Azlina menjalin hubungan romantis.

Terdahulu pagi tadi, Anwar memohon kepada mahkamah agar mengetepikan tuduhan liwat dikenakan ke atasnya ekoran pendedahan bahawa Saiful dan Farah Azlina menjalin hubungan romantis.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh memaklumkan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah bahawa satu permohonan telah dibuat pagi ini sambil mendakwa pasukan pendakwa diketuai Penguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden telah berkompromi dalam soal integriti ekoran dakwaan hubungan Saiful dengan Farah Azlina.

Karpal berkata pihaknya mendapati ada kesalahan dilakukan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

“Ekoran hubungan (romantis) itu, integriti pendakwa telah dikompromi,” kata Karpal di mahkamah pagi ini.

Perbicaraan kes liwat disambung semula buat kali pertama hari ini sejak hubungan kedua-dua mereka terdedah dua minggu lalu.

Kes itu ditangguh sebelum ini kerana Karpal kurang sihat.

Pada 27 Julai lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan Farah Azlina telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantis” dengan Saiful yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....