Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 19 April 2010

Video:Sidang Media Dr Halili Umum Keluar PKR



VIDEO & GAMBAR EHSAN MALAYSIAKINI

PETALING JAYA, 19 April — Jentera kempen pilihan raya kecil Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hulu Selangor berhadapan dengan tamparan ekoran tindakan Bendahari PKR Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat (gambar) memutuskan untuk keluar parti itu hari ini.

Beliau juga akan memohon untuk menyertai Umno atas alasan PKR sudah terkeluar dari landasan asal perjuangan.

Keputusan itu diumumkan ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor masuk hari ketiga hari ini.

Turut hadir pada sidang media yang diadakan di sini, bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.

Salehuddin menghadiri siri sidang media pengumuman keluar parti yang diadakan pemimpin-pemimpin PKR sejak pertengahan Februari lalu.

Dr. Halili, seorang pakar saraf, merupakan salah seorang pengasas Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan pernah bertanding pada pilihan raya umum 1999 dan 2004 di Hulu Selangor dan Batang Kali.

Beliau yang merupakan rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan salah seorang daripada 12 calon yang dihalusi pucuk kepimpinan parti untuk bertanding pilihan raya kecil ini.

PKR akhirnya memilih bekas menteri persekutuan Datuk Zaid Ibrahim yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

“Hari ini PKR berada di bawah kawalan sekumpulan kecil aliran kiri yang tidak boleh diterima oleh orang Melayu dan rakyat Malaysia,” kata Dr. Halili ketika membacakan kenyataan yang disediakan.

“Pada masa yang sama, saya mendapati kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sedang bekerja keras dan jujur untuk membawa perubahan politik,” kata beliau.

Dr. Halili berkata beliau memilih untuk membuat pengumuman keluar PKR ketika kempen pilihan raya kecil ini kerana tidak mahu namanya digunakan oleh parti itu.

“Saya sedar ada yang akan menuduh saya kecewa kerana tidak menjadi calon, tetapi saya tidak pernah menawarkan diri saya untuk dipilih sebagai calon Hulu Selangor,” kata Dr Halili yang berasal dari Hulu Yam, sebahagian daripada kawasan dalam bahagian Parlimen Hulu Selangor.

Ketika ditanya sama ada akan membantu kempen Barisan Nasional (BN), Dr. Halili menjawab, beliau kemungkinan tidak boleh turun berkempen kerana akan menghadiri konvokesyen anaknya di Australia.

Dr. Halili berkata, beliau menghadiri majlis pengumuman calon PKR Selasa lalu hanya atas sikap ingin tahu.

“Kemungkinan nama saya diumumkan, saya cuma nak tahu,” kata Dr. Halili ketika ditanya berhubung kehadiran beliau pada majlis itu yang diadakan di Serendah.

Berkaitan dengan hubungannya dengan Anwar, Dr. Halili berkata beliau berkhidmat untuk Ketua Umum Pakatan Rakyat itu atas kapasiti profesional.

“Saya profesional, jika saya perlu memberikan rawatan, ia adalah urusan peribadi,” kata Dr. Halili sambil menambah, beliau merupakan pakar bedah peribadi Anwar sejak 1994.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....