Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 21 April 2010

NST diperintah bayar RM50,000 kepada bekas calon PAS

KOTA TINGGI, 21 April: Mahkamah Sesyen Kota Tinggi memerintahkan akhbar New Straits Times (NST) membayar RM50,000 kepada bekas calon PAS Dun Tanjung Surat, Pengerang, Johor, Haji Muharam Mohamad, selepas menerima saman beliau terhadap akhbar berkenaan.

Hakim K.K. Nair mengeluarkan perintah itu selepas calon PAS untuk pilihan raya umum 2004 itu berjaya dalam samannya terhadap akhbar berkenaan.

Pada pilihan raya 2004 lalu, akhbar NST telah menyiarkan di muka depannya berita fitnah bertajuk "PAS candidate goes missing".

Berita itu antara lain melaporkan calon PAS itu melalui wakilnya telah menghubungi calon Umno, Harun Abdullah untuk menarik dari sebagai calon.

Ekoran itu, Muharam menyaman NST melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....