Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 18 April 2010

NGO Islam buat laporan polis terhadap Dr Asri, Malaysiakini


KUALA LUMPUR, 18 April — Kira-kira 50 orang wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini membuat laporan polis terhadap bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana mengeluarkan artikel berunsur hasutan.
Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan Yusri Mohamad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 11.30 pagi.
Beliau juga membuat laporan polis itu turut dibuat terhadap laman web Malaysiakini kerana menyiarkan artikel tersebut yang bertajuk ‘Cabaran Gerakan Pembaharuan’ bertarikh 4 April lepas.
Yusri berkata artikel tersebut mengandungi unsur-unsur hasutan yang melanggar Akta Hasutan 1948 kerana didakwa menghina agama Islam dan Institusi Raja-raja Melayu.

“Antara artikelnya (Mohd Asri) mendakwa sultan-sultan Melayu ketika itu dikuasai oleh Inggeris dan golongan pembaharuan pula gagal mendekati para sultan dan raja kecuali di Perlis,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata Mohd Asri juga mendakwa golongan penentang pembaharuan mempunyai kelebihan kerana mereka sanggup menuruti kehendak istana dengan mengadakan doa-doa yang memuja dan memuji sultan dan raja.
“Ini menunjukkan raja-raja Melayu dan istana menolak pembaharuan agama kerana didakwa tunduk kepada penjajah dan diampu oleh ulama-ulama,” katanya.
Yusri berkata laporan polis itu juga dibuat di seluruh negara oleh NGO Islam yang lain hari ini.
Antara NGO yang hadir ialah Pertubuhan Kebajikan al-Jamiatul Khairiah, Persatuan Alumni Kolej Islam Kelang (ALKIS), Kesatuan Madrasah Islamiyah Malaysia (ITMAM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Persatuan-persatuan Integrasi Muslim Selangor (IMAN) dan Persatuan Sinar Damsyik (Persidam).
Sementara itu jurucakap polis IPD Dang Wangi ketika dihubungi mengesahkan menerima lapora itu pagi ini. — Bernama

2 ulasan:

MANSOR JUNUS berkata...

Cangkatnya intelek NGO2 islam hari ini. Banyak lagi hasutan2, tuduhan2, kritikan2 dari bangsa2 lain dalam blog2 mereka terutama sekali cina dan india, kenapa diam sahaja. Tapi bila datang saja satu komen yang luar kebiasaan dari ulama macam Dr. Asri, tiba2 seluruh NGO Islam hidup macam kulat lepas hujan. SIS juga sering kontraversi dalam komen2 mereka, kenapa tiada NGO yang heboh. Bila MCA dalam mesyuarat mereka baru2 ini mengeluarkan kenyataan bahawa hukum sebat itu zalim, tiada seekor NGO pun yang melenting. Apabila kerajaan memberhentikan peruntukan kepada SAR sehingga terjejas teruk pengajian agama dalam negeri ini terutama sekali diluar bandar, mana pergi semua sensitiviti2 NGO ini. mereka ini nampak cerdik, tapi akal nipis.

Tanpa Nama berkata...

saya minta kalau NGO melayu berani, pergilah siasat kegiatan2 SIS. Anak Hussein Onn ada disitu dan anak Dr.Mahathir pun ada disitu. Memang benar banyak teguran-teguran mereka tidak selari dan mengelirukan, terutama sekali dalam hal-hal yang berkaitan dengan hak2 wanita.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....