Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 8 April 2010

MCA pertahan pendirian Pemudanya terhadap Perkasa



Jawatankuasa Pusat MCA semalam mempertahankan pendirian sayap Pemudanya berhubung pertikaian dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata jawatankuasa itu bersetuju dengan keputusan mesyuarat Exco Pemuda MCA yang menolak tindakan melampau serta suara sumbang untuk meneruskan perjuangan berlandaskan satu kaum semata-mata.

“MCA akan bekerjasama dengan mana-mana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) bagi meningkatkan daya saing negara serta melaksanakan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Pertikaian antara Pemuda MCA dan Perkasa bermula apabila Timbalan Setiausaha Agung sayap itu Loh Chew June melabelkan Perkasa sebagai “rasis” setelah pertubuhan tersebut lantang menyuarakan hak keistimewaan orang Melayu.

Kenyataan itu menyebabkan Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah menuntut Loh memohon maaf serta mendesak pucuk pimpinan MCA mengambil tindakan disiplin terhadap Loh.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan kepada sebuah portal berita selepas itu, Dr Chua dilapor berkata pada asasnya Loh tidak melakukan sebarang kesalahan dan MCA tidak akan bertindak ke atas anggotanya hanya kerana desakan orang luar semata-mata. — Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....