Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 7 April 2010

Enam punca pengundi tolak BN Selangor PRU-12


SHAH ALAM, 7 April — Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengenal pasti enam punca pengundi menolak BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 sehingga negeri yang merupakan kubu kuat BN itu jatuh ke tangan pakatan pembangkang.
Pengerusi Konvensyen BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata enam punca itu telah menunjukkan seolah-olah BN tidak berpijak pada realiti sehingga menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap mereka.
Beliau berkata punca pertama ialah prinsip muafakat mula bertukar menjadi konflik yang membawa mudarat terutamanya di kalangan hubungan parti komponen BN itu sendiri.
“Punca kedua apabila usaha yang sepatutnya dilakukan untuk menjuarai isu rakyat beralih haluan kepada tindakan memperjuangkan kaum kerabat,” katanya ketika berucap pada majlis pembukaan konvensyen selama sehari itu di SACC Convention di sini hari ini.

Mohd Zin berkata turut menjadi punca ialah pergolakan dalaman BN lebih dijadikan tumpuan berbanding usaha membina kekuatan parti itu sendiri selain khidmat dan pendekatan yang dilakukan BN lebih bercorak eksklusif bukan lagi inklusif.
Beliau berkata punca lain yang turut menyumbang kepada hilangnya kepercayaan pengundi terhadap BN ialah apabila BN ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.
“Punca paling nyata mengapa pengundi menolak BN pada PRU lepas ialah apabila BN kurang dan tidak memahami aspirasi pengundi muda,” katanya.
Selain enam punca itu, Mohd Zin berkata semangat adik-beradik antara semua kaum di negara ini penting dalam memperkukuhkan kembali kedudukan BN di negeri itu jika benar-benar mahu memenangi kembali hati pengundi.
Katanya semangat adik-beradik itu perlu untuk melakukan perubahan dalam BN di mana segala perkara yang diperjuangkan kaum Melayu perlu difahami kaum Cina dan India begitu juga sebaliknya.
“Melalui hubungan adik-beradik ini juga kita perlu sedar bahawa masalah orang Melayu adalah masalah orang Cina, masalah orang India dan begitulah juga apabila masalah orang Cina dan India adalah juga masalah orang Melayu,” katanya.
Mohd Zin berkata semua pihak perlu bersatu dan mesti sedia melakukan perubahan sejajar dengan slogan konvensyen hari ini, ‘‘BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN, Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13’’.
Pada sesi pagi konvensyen itu lebih 2,000 anggota parti komponen BN iaitu Umno, MCA, MIC, Gerakan dan PPP hadir dan dijangkakan akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada sebelah petang. — Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....