Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 26 Mac 2010

Krisis Istana Kelantan: Setiausaha sulit masih disiasat, MPN lantik pengerusi baru

KOTA BARU, 26 Mac — Datuk Wan Hashim Wan Daud, yang ditahan malam tadi kira-kira seminggu selepas dakwaan yang beliau dilantik sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, masih berada dalam siasatan polis hari ini.
Penahanan Wan Hashim malam tadi adalah sebahagian daripada perkembangan terbaru krisis Istana Kelantan yang berlaku sepanjang semalam, termasuk kenyataan pengumuman pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan.
Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider, beliau masih berada di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di sini pagi ini untuk siasatan lanjut.
“Kami masih siasat beliau (Wan Hashim),” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.
Bagaimanapun sumber itu tidak mengulas lanjut kedudukan Wan Hashim.
Di sebalik tahanan Wan Hashim itu, satu pertemuan dipercayai telah diadakan di Istana Telipot lewat malam tadi untuk memutuskan pelantikan pengerusi baru Majlis Perajaan Negeri.
The Malaysian Insider juga difahamkan mesyuarat tergempar Majlis Perajaan Negeri diadakan bagi melucutkan Tengku Abdul Aziz yang semalam diumumkan sebagai pengerusi majlis itu dan melantik pengerusi baru ekoran perkembangan sejak pagi semalam.
Beberapa anggota Majlis Perajaan Negeri dilihat memasuki kawasan Istana Telipot sekitar pukul 11 malam.
Sebelum itu, kira-kira 10 minit lebih awal Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad kelihatan terlebih dahulu memasuki pekarangan istana tersebut.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, nama yang disebut-sebut bakal dilantik bagi menggantikan Tengku Abdul Aziz ialah Tengku Abdul Halim.
Polis menahan Wan Hashim, bekas setiausaha kerajaan negeri, di kediamannya di Taman Sri Aman berhampiran Istana Negeri, Kubang Kerian dekat sini dipercayai berhubung pengumuman pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja.
Desas-desus mengatakan tangkapan tersebut berikutan satu laporan polis dibuat Pengerusi Persatuan Pegawai Tadbir Kelantan, Shafien Ismail berhubung pengumuman penamatan jawatan Tengku Muhammad Faris.
Sekali gus pada masa sama Wan Hashim yang dikatakan sebagai menjunjung titah perintah Sultan Kelantan, turut memaklumkan Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan bagi menjalankan tanggungan raja negeri berkuat kuasa serta-merta.
Beliau dibawa ke IPK Kelantan di sini kira-kira pukul 8.40 malam dengan menaiki kereta jenis spot bewarna putih diiringi kenderaan MPV dan MyV dan diikuti kenderaan polis.
Laporan Bernama pula menyebut beliau disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan.
Beberapa jam sebelum penahanan Wan Hashim, laporan awal semalam menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra didakwa melucutkan jawatan Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.
Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan Wan Hashim yang mendakwa beliau dilantik sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan minggu lalu.
Wan Hashim membacakan kenyataan itu di Istana Mahkota.
Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris masih kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota Majlis Perajaan Negeri pada 29 Mei lalu.
Berita itu disambut tenang oleh Tengku Muhammad Faris apabila tiba dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail di sini kira-kira 6 petang semalam.Sementara itu menurut sumber terbaru,
Tengku Abdul Halim Alhaj Sultan Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang baru bagi menggantikan Tengku Abdul Aziz Hamzah.
Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha MPN Datuk Mohd Aiseri Alias di sini sebentar tadi.
Perkembangan terbaru di sebalik krisis Istana Kelantan ini diumumkan ketika polis masih menahan Setiausaha Sulit Sultan Kelantan untuk siasatan di bawah Kanun Keseksaan.
Semalam Wan Hashim, yang minggu lalu mendakwa dilantik sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, membuat pengumuman mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja manakala Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai pengerusi majlis itu.
Difahamkan ia hasil mesyuarat khas MPN yang diadakan tengah malam tadi.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....