Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 9 Mac 2010

Kerajaan Perpaduan Perak:Kenyataan Terbaru Harussani


KUALA LUMPUR, 9 Mac — Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mempertahankan usahanya membantu merealisasikan kerajaan perpaduan antara Umno-PAS di negeri itu sambil menegaskan, beliau sanggup menerima “cercaan” mana-mana pihak jika ada yang tidak gembira.
Harussani menegaskan bahawa mufti bukan sekadar memberi pandangan dan mengeluarkan fatwa berhubung dengan isu air mutlak dan haid sahaja.
Malah ia lebih dari itu, apatah lagi yang membabitkan kepentingan umat Islam biarpun terpaksa menerima cercaan dari pelbagai pihak, kata beliau.
“Segala pandangan yang diberi adalah berdasarkan tanggungjawab saya sebagai mufti dan saya tidak pernah khuatir dengan apa-apa gelaran yang dilemparkan kepada saya,” katanya.
Dipetik Utusan Malaysia, kata Harussani, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam.

Kata beliau, tindakannya itu disebabkan ada pihak-pihak yang memohon nasihat dan pandangannya bagaimana perlu dilakukan bagi mengembalikan semula kekuatan Melayu Islam.
Menurutnya, kenyataan beliau berhubung penolakan mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan PAS-Umno di Perak adalah berdasarkan pengamatannya terhadap PAS Perak yang tidak mahu memberi ruang untuk berbincang selepas mereka menang dalam pilihan raya umum lalu.
Maka, beliau berpandangan tidak ada jalan pintas melainkan berusaha bersama-sama mencantumkan semula dua parti yang majoritinya Melayu itu untuk bersatu.
“Mereka (PAS Perak) tidak menunjukkan minat untuk mengadakan perbincangan dengan dakwaan yang pelbagai.
“Saya adalah mufti yang dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak yang antara lain tugasan utama saya adalah membantu dan menasihat DYMM Sultan dalam perkara yang berkaitan hukum syarak.
“Oleh yang demikian, segala urusan yang menjadi kepentingan orang Islam dan Islam itu sendiri, maka saya bertanggungjawab memberi pandangan apatah lagi ia membabitkan perpaduan dan hubungan antara dua parti terbesar orang-orang Melayu Islam,” kata beliau.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarinmenggelarkan beliau sebagai ejen Umno apabila ulama itu didakwa campur tangan dalam usaha membentuk kerajaan campuran di Perak.
Reaksi Menteri Besar Kelantan itu adalah susulan daripada pendedahan terbuka Harussani pada Program Dialog Za'ba — Perpaduan Melayu, Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia minggu lalu.
Harussani mendakwa, PAS bersikap angkuh apabila menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum ke-12 walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak dan juga dipersetujui oleh kepimpinan parti itu.
Nik Abdul Aziz terkilan kerana Harussani menyebut namanya tanpa kehadiran beliau untuk mengesah atau menafikan perkara itu.TMI

3 ulasan:

aiman xksh berkata...

kenapa mufti asik sebut "melayu islam"?? jwtan mufti untuk org melayu islam je k? atau untuk masyarakat islam tanpa kira bangsa ny?? apa la... budak sekolah pun tau yg islam dgn melayu xsama...

zul berkata...

mufti tgh perjuangkan bangsa,,,tapi pas memperjuangkan islam,,tak kira dia bangsa apa,,cina, india ,melayu,,asalkan islam semua akan terbela,,,
ini menunjukkan mufti setuju dgn rampasan kuasa di perak....

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT berkata...

Ulasan yang baik dari aiman dan zul

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....