Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 16 Mac 2010

Gagasan 1 Malaysia Najib Diuji Di Sidang Parlimen





P
erbahasan sidang Parlimen bermula jam 10 pagi hari ini bermula dengan pertikaian terhadap gagasan 1 Malaysia yang dicanangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat, beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) juga bertanyakan Najib mengenai keberkesanan gagasan itu.

Suasana hangat apabila Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mempersoal sama ada gagasan 1 Malaysia itu selari dengan pelaksanaan kerajaan.

Pengerusi DAP Kebangsaan itu merujuk kepada kenyataan bekas pegawai khas Perdana Menteri, Nasir Safar yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam ceramah 1 Malaysia di Melaka, baru-baru ini.

Nasir Safar dalam ceramahnya ketika itu membuat kenyataan bahawa rakyat India yang datang ke Malaysia adalah pengemis manakala wanita Cina menjadi pelacur.

Najib apabila diasak persoalan itu, sebaliknya cuma menjawab pegawai yang membuat kenyataan bertentangan dengan prinsip 1 Malaysia telah dikenakan tindakan tetapi tidak menjelaskan bentuk tindakan tersebut.Greenboc

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....