Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 1 Mac 2010

Ahli Parlimen Nibong Tebal Dan Bekas S/U Agung PKR Istihar Keluar Parti


KUALA LUMPUR, 1 Mac — Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa hari ini.
Dengan perkembangan ini beliau menjadi wakil rakyat kedua keluar parti itu.Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim berbuat demikian dua minggu lalu.
Tan mengumumkan pada sidang media di sini.Sementara itu bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim yang melepaskan jawatan itu akhir Januari lalu turut telah mengambil langkah untuk keluar parti itu.
Salehuddin ketika dihubungi mengesahkan yang beliau telah berbuat demikian dua minggu selepas mengakhiri tempoh khidmatnya sebagai setiausaha agung PKR.
“Saya tidak mahu keluar parti semasa tempoh khidmat saya secara rasmi bersama PKR belum berakhir. Dan, selepas itu saya sudah memaklumkan (kepada parti) bahawa saya sudah keluar parti,” kata beliau yang memegang jawatan setiausaha pengelola sejak 2004 dan kemudian sebagai setiausaha agung selepas pilihan raya umum ke-12.

Keputusan itu walaupun tidak mendapat publisiti sebelum ini tetapi dilihat sebagai satu kejutan atas kapasitinya sebagai bekas setiausaha agung parti dan pemimpin kanan.
Apabila ditanya sama ada beliau akan turut menyertai mana-mana parti termasuk Umno, Salehuddin hanya berkata, “saya seorang ahli politik yang sudah bersara.”
Nama beliau antara yang turut disebut-sebut akan menyertai Umno malam tadi.
Malam tadi, bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin, yang juga bekas ADUN Penanti mengumumkan menyertai Umno.
Salehuddin berkata beliau tidak pernah berhubung dengan Fairus sejak beliau meletakkan jawatannya tahun lalu.
Keputusan Fairus itu diumumkan pada majlis Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno.
Salehuddin pernah hadir pada sidang media yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim untuk mengumumkan keputusan keluar PKR bulan lalu.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider Januari lalu, Salehuddin menafikan akan keluar PKR pada ketika itu tetapi kemudian hari tidak pasti.
Dalam temu bual itu beliau juga ada memberitahu: “Mereka (kepimpinan PKR) telah melayan saya dengan baik tetapi tidak tahu bagaimana untuk menggunakan saya.”
“Saya bukan kakitangan... saya adalah urat dan saraf (sekretariat parti),” tambah beliau.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....