Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 14 Februari 2010

Pelakon " Anak Pontianak " Sah Positif Dadah

SEPANG: Pelakon Zarina An-Julie Mohd.Fahizul, 24, yang ditahan dalam satu sekatan jalan raya 'Ops Perayaan Tahun Baru Cina' berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini malam semalam disahkan positif dadah selepas menjalani saringan ujian air kencing.

Ketua Pegawai AADK di sini, Syaiful Asfar A.Rahman turut mengesahkan rakan Zarina yang juga berusia 24 tahun turut disahkan positif selepas menjalani ujian saringan tersebut di pejabat AADK di sini.

Pelakon yang pernah membintangi drama seram bertajuk 'Anak Pontianak' itu ditahan setelah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalani ujian saringan air kencing.

Dia yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi berhubung gambar separuh bogelnya di Internet ditahan bersama rakannya yang turut mengaku mengambil dadah jenis syabu, dalam operasi yang disertai anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.

Operasi selama kira-kira tiga jam bermula pukul 8 malam itu melibatkan 27 kakitangan AADK dan 20 penguatkuasa JPJ.Mstar

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....