Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 12 Februari 2010

Peguam PAS gesa Jawatankuasa Pas Pusat ‘buka balik’ kes Hasan, Khalid



KUALA LUMPUR, Feb 12 — Dilihat sebagai perkembangan yang jarang-jarang berlaku, penasihat undang-undang PAS menggesa jawatankuasa pusat parti itu agar mengkaji semula keputusan jawatankuasa disiplin membabitkan dua pemimpin Selangor yang kini mencetuskan reaksi tidak senang di kalangan sesetengah pihak.
Hanipa Maidin ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata beliau akan meminta jawatankuasa pusat agar mengkaji semula penghakiman yang diumumkan agar ahli parti akanmelihat keputusan ini sebagai adil dan seimbang.
“Sama ada kedua-dua mereka mengemukakan rayuan ataupun tidak, jawatankuasa pusat mesti mengkaji semula keputusan yang dibuat jawatankuasa disiplin,” kata beliau.
Beberapa pemimpin PAS termasuk daripada kalangan sayap pemudanya telah melahirkan rasa puas hati dengan keputusan jawatankuasa disiplin itu dengan ada yang melabelkan sebagai “wayang” semata-mata.
Dalam keputusan diumumkan 29 Jan lalu jawatankuasa disiplin menjatuhkan hukuman menggantung kesemua jawatan dalam parti disandang oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Pesuruhnjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali pula diberikan amaran.

Hujung bulan lalu, Jawatankuasa Disiplin PAS memutuskan Khalid digantung enam bulan daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat manakala Hasan Ali diberi amaran bertulis.
Mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS. Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali. Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Liow Siew Moi.
Hanipa memberitahu berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang peguam keputusan yang diumumkan bulan lalu tidak kelihatan sebagai sesuatu yang “logik dan rasional serta munasabah”. “Keputusan yang dibuat mesti kelihatkan logik dan rasional dan boleh diterima,” kata beliau yang juga anggota jawatankausa pusat PAS.
Dalam dunia politik baru kata beliau, orang ramai khususnya ahli-ahli parti mahu melihat sesuatu keputusan itu dapat diterima dengan logik dan rasional.
“Saya mendapati hukuman ke atas Khalid dan Hasan tidak seimbang, sepatutnya hukuman ke atas Hasan lebih berat berbanding ke atas Khalid,” kata beliau.
Jawatankuasa pusat PAS akan bermesyuarat Ahad ini. Bagaimanapun Hanipa yang mengakui tidak dapat menghadiri mesyuarat kali Ahad ini berkata, beliau tetap akan membangkitkan isu berkenaan.
Beliau juga mahu menulis surat kepada lembaga disiplin bagi mendapatkan penjelasan tentang alasan yang digunakan untuk mencapai keputusan mereka.
Hanipa berkata beliau akan menentukan tindakan susulan berdasarkan penjelasan yang akan diberikan oleh jawatankuasa disiplin kelak. “Saya akan menulis kepada jawatankuasa disiplin juga... tengok dulu apa penjelasan mereka,” katanya.
Kelmarin dipetik Harakah Daily, Pengerusi jawatankuasa disiplin Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan dicapai mereka terhadap Khalid dan Hasan perlu mengikut saluran yang ada dan bukannya mengkritik secara terbuka.
Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS berkata berkata mengkritik jawatankuasa itu secara terbuka adalah tidak wajar memandangkan parti mempunyai saluran khas iaitu Jawatankuasa Rayuan bagi menerima sebarang bantahan.
“Kalau ikut prosedur parti, memang dilarang, kita tak puas hati kita bantah Jawatankuasa Disiplin, sepatutnya tidak berlaku.
“Mana-mana tak puas hati, ikut peraturan yang ada, pergi ke jawatankuasa rayuan yang ada,” katanya.
Selain tidak sepatutnya berlaku, Tuan Ibrahim juga mengingatkan pihak yang tidak berpuas hati itu berhenti dari mengkritik secara terbuka kerana ianya boleh membentuk satu persepsi salah terhadap Jawatankuasa Disiplin dan PAS itu sendiri.
“Kita ada adab kita, ada akhlak kita dalam jamaah yang kita kena jaga, kalau tak boleh jaga akhlak, mengkritik tanpa adab, bukan sahaja menggambarkan kita tidak beradab tetapi yang lebih besarnya takut kita membentuk satu persepsi salah,” kata beliau.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....