Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 8 Februari 2010

Bekas bendahari PKR Wilayah kembali ke pangkuan Umno

KUALA LUMPUR, Feb 8 — Bekas bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Norasidi Salim malam ini menyerahkan borang untuk kembali ke pangkuan Umno dengan mendakwa tidak ada perjuangan membela rakyat yang jelas dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.
Beliau yang berada dalam PKR tidak sampai dua tahun juga meramalkan akan ada wakil rakyat bakal keluar parti jika rasa puas hati khususnya yang berkaitan dengan masalah peruntukan kewangan berterusan.
“Kalau masalah berterusan, kalau parti tidak jaga wakil rakyat tidak mustahil wakil rakyat pun keluar,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Kata beliau, jika mahu berkhidmat “tak akan nak guna air liuh sahaja, wakil rakyat perlukan duit.”
Norasidi tidak merujuk kepada mana-mana pihak tetapi sejak kebelakangan ini ada wakil rakyat PKR yang merungut berhadapan dengan masalah kewangan dan peruntukan menjaga kawasan mereka.
Perkara ini pernah diketengahkan oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Teng, salah seorang wakil rakyat yang disebut-sebut bakal keluar PKR.

Malah kata Norasidi, setiap tindak tanduk kepimpinan PKR kini diselubungi agenda persendirian.
“Selepas pilihan raya 2008 rakyat mempunyai harapan yang besar terhadap PKR.
“Bagaimanapun pemimpin PKR gagal memperjuangkan nasib rakyat sebaliknya bertelingkah sesama sendiri,” kata bekas naib ketua Umno Bandar Tun Razak.
Bekas ketua pegawai eksekutif Rakyat Merchant Bank ini menyertai PKR selepas pilihan raya umum ke-12.
Kata Norasidi beliau mengambil keputusan muktamad selepas Datuk Salehuddin Hashim melepaskan jawatan setiausaha agung awal bulan lalu.
Beliau bersama kira-kira 100 orang bekas ahli PKR menyerahkan borang kealian untuk menyertai Umno kepada Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat Umno Wilayah Persekutuan di sini.
Turut keluar ialah Azmi Hassan (bekas timbalan ketua bahagian PKR Putrajaya), Ishak Hamzah (bekas ketua penerangan PKR Wilayah Persekutuan), Daud Ahmad (ahli jawatankuasa kerja PKR Putrajaya) dan Mohd Solleh Ibrahim (penggerak reformis).
Muhyiddin menerima borang mereka sebelum mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan kira-kira 9 malam.
Ketika ditanya sama ada beliau kecewa dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat PKR, Norasidi berkata, “tidak, tidak.”
Bagaimanapun dalam kenyataan dikeluarkan Norasidi dan rakan-rakannya itu banyak mengkritik kepimpinan Selangor.
“Kebelakangan ini kita juga dengar saranan daripada kepimpinan PKR seperti Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan ketua penerangan supaya ahli-ahli PKR yang tidak sehaluan dengan kepimpinan parti supaya keluar parti.
“Oleh yang demikian jelas demokrasi dalam PKR sudah tidak wujud lagi, hanya sikap diktator sahaja yang menjadi amalan,” kata kenyataan mereka.
Dalam kes Bandar Tun Razak, kata mereka, Khalid yang juga Ahli Parlimennya jarang kelihatan dan kalau hadir pun sebagai “VVIP” yang merasmikan majlis.
“Rakyat mengundi untuk mendapatkan ahli Parlimen bukan ‘VVIP’.
“Di manakah janji beliau untuk membela orang-orang tua, ibu tunggal dan mereka yang berpendapatan rendah.
“Di manakah janji beliau untuk mendapatkan pekerjaan kepada belia-belia dengan gaji minimum RM2,000. Janji tinggal janji,” kata kenyataan itu lagi.
Kata Norasidi, walaupun Umno ada kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi, kepimpinan semasa berusaha dengan gigih untuk mengubah parti itu bersesuaian dengan kehendak rakyat.
Mengenai komen Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Azmin Ali bahawa beliau keluar PKR kerana kecewa selepas gagal peroleh apa-apa ganjaran kewangan termasuk jawatan, Norasidi menafikan dakwaan itu.
Beliau juga menafikan kembali ke Umno kerana diajak oleh Muhyiddin selaku Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan.
“Tidak, tiada kaitan dengan timbalan perdana menteri. Saya sendiri yang membuat penilaian tentang keadaan semasa dan mahu kembali ke Umno,” katanya.
Dalam pada itu, Azmin pun mengesahkan beliau sudah mendengar Norasidi, seorang ahli, akan meninggalkan PKR untuk menyertai Umno.
“Saya sudah lama menghidu yang dia akan meninggalkan PKR,” kata beliau sambil menambah, Norasidi sudah tidak relevan dan Umno boleh mengambilnya.
“Dia sudah tidak relevan (bagi PKR),” katanya. Malah, kata Azmin, sejak beliau mengambil alih kedudukan sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan daripada Khalid November lalu, Norasidi jarang menghadiri mesyuarat PKR Wilayah Persekutuan.
“Dia seorang opotunis. Apabila tidak mendapat apa-apa manfaat, dia mahu meninggalkan parti... dia bukan pemimpin utama (PKR),” katanya lagi.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....