Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 28 Januari 2010

Rumah Ibadat Di Serang,Pemuda Pakatan Dan BN Bersatu

KUALA LUMPUR, Jan 28 — Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) melakar sejarah apabila keseluruhan pimpinan sayap-sayap Pemuda komponen kedua-dua ikatan itu hari ini bersepakat mengeluarkan satu kenyatan bersama bagi mengutuk insiden-insiden serangan ke atas rumah-rumah ibadat sejak awal bulan ini.
“Saya selaku Pengerusi Pemuda BN mengucapkan syabas dan terima kasih di atas persefahaman dan persetujuan yang dimeterai oleh semua pihak yang telah menampakkan kematangan politik di kalangan pemimpin generasi muda masa kini dengan meletakkan perpaduan negara mendahului perbezaan fahaman politik,” kata Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin (gambar) dalam kenyataan ringkas dimuatkan dalam blognya.
Kenyataan itu dikeluarkan di sebalik siri serangan ke atas gereja dan yang terbaru kerja meletakkan kepala babi hutan di dua buah masjid semalam.
Ia dipercayai berhubung kait dengan isu kontroversi penggunaan kalimah Allah.
Kenyataan bersama yang dikeluarkan menyebut, “kami, barisan kepimpinan sayap Pemuda bagi parti-parti politik di Malaysia, mengambil ketetapan untuk bersepakat dan bersatu hati bagi mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang terbabit dengan insiden serangan dan pencemaran ke atas rumah-rumah ibadat.”

“Ini termasuklah kejadian terbaru yang melibatkan dua buah masjid iaitu Masjid Jumhuriyah di Taman Dato' Harun serta Masjid Al-Imam Tirmizi di Taman Sri Sentosa yang dicemari dengan kepala babi,” kata kenyataan itu.
Ia menambah, sebarang serangan atau vandalisme terhadap mana-mana rumah ibadat tidak boleh sama sekali dipertahankan.
Tindakan-tindakan sebegini merupakan suatu yang melampau, biadap, bacul dan amat bertentangan dengan nilai-nilai agama serta tatasusila yang menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia, tambah kenyataan itu.
“Kami menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira agama, bangsa atau pegangan politik untuk bangkit bersatu menentang tindakan segelintir puak ekstrim ini yang mahu menggugat kestabilan dan keamanan negara, lantas merobek semangat hormat-menghormati sesama rakyat yang sememangnya tersemai di kalangan kita.
“Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bertenang dan tidak bertindak berbaurkan emosi. Kami mendesak pihak berkuasa untuk menumpukan segala usaha demi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
“Adalah penting siasatan ini dijalankan secara bebas tanpa sebarang tekanan,” kata kenyataan itu lagi.
Pemuda BN dan PR juga sependapat bahawa isu ini adalah perkara sejagat yang merentasi batasan agama, politik serta bangsa.
“Apabila datang ancaman kepada perpaduan dan identiti kita sebagai warganegara Malaysia, kepimpinan muda negara sedia mengenepikan perbezaan fahaman politik demi mempertahankan kemakmuran dan keharmonian negara,” kata kenyataan itu lagi.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....