Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 6 Januari 2010

LPKP beku semua urusan pelesenan syarikat bas Sani Ekpress selama setahun





KUALA LUMPUR, 5 Jan — Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) membekukan semua urusan pelesenan syarikat bas Sani United Sdn Bhd untuk tempoh setahun bermula hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pembekuan itu adalah satu daripada tiga tindakan yang diputuskan oleh jawatankuasa inkuiri tentang kemalangan maut terhadap syarikat terbabit.

Dua tindakan lagi ialah membatalkan permit bas ekspres dua tingkat bernombor pendaftaran WSX 5010 yang terlibat dalam kemalangan maut pada 26 Dis lepas, selain tempoh sebulan diberikan kepada syarikat untuk mempertingkatkan sistem pengurusan pemandunya, kata beliau kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa itu di sini.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata pembekuan itu meliputi semua urusan pelesenan syarikat itu seperti pembaharuan, permohonan baru dan ubah syarat berkaitan perjalanan bas ekspres milik syarikat tersebut.

“Kita melihat tindakan ini setimpal dengan kesalahan yang dilakukan syarikat bas terbabit sehingga mengorbankan 10 nyawa,” katanya. — Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....