Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 9 Januari 2010

Isu Pas Selangor:Hasan Ali sedang mengadap jawatankuasa disiplin PAS

KUALA LUMPUR, Jan 9 — Seorang lagi pemimpin PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali iaitu pesuruhjaya negeri itu, sedang memberi keterangan lisan kepada jawatankuasa disiplin berhubung tuduhan menjejaskan kewibawaan PAS selaku anggota Pakatan Rakyat.
Beliau ditemani empat pemimpin PAS Selangor sebagai saksi.
Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor tiba di pekarangan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut di sini kira-kira pukul 2.53 petang.
Beliau dijadual untuk menghadap jawatankuasa disiplin yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mulai 3 petang.
Pertemuan itu sepatutnya diadakan sebelah pagi tadi tapi ditangguhkan sehingga 3 petang ini.
Penangguhan itu ekoran majlis taklimat isu-isu semasa anjuran parti itu di Shah Alam.
Hasan yang didampingi The Malaysian Insider sebelum memasuki pejabat PAS enggan mengulas apa-apa.

Bagaimanapun menurut ketua penerangan PAS Selangor Roslan Sharir, Hasan akan diiringi empat pemimpin Dewan Harian Selangor termasuk timbalan pesuruhjaya dan setiausaha PAS Selangor.
Tuan Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak dapat pasti sama ada boleh memuktamadkan hasil siasatan hari ini dengan membuat keputusan.
“Kita tengok dulu sama ada boleh keputusan hari ini,” katanya.
Pada akhir bulan lalu jawatankuasa disiplin PAS mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti adanya kes kukuh terhadap Hasan dan bekas timbalannya Khalid Samad.
Khalid telah memberikan keterangan lebih dua jam kelmarin.
Tanggal 7 dan 9 Jan telah ditetapkan untuk memanggil mereka menghadap anggota jawatankuasa disiplin.
Kedua-dua mereka sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang didakwa menjejaskan imej parti. Antara bukti yang diserahkan ialah rakaman audio seorang pemimpin PAS yang didakwa memperlekeh kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.
Sebelum ini Tuan Ibrahim menjelaskan bentuk hukuman bergantung pada penjelasan susulan mereka.
Jawatankuasa disiplin mempunyai tiga pilihan hukuman iaitu memberi amaran bertulis, menggantung jawatan yang disandang ataupun memecat dari parti, bergantung pada tahap serius kesalahan dilakukan.
Bagaimanapun mereka yang disabitkan kesalahan boleh merayu kepada jawatankuasa pusat, kata Tuan Ibrahim.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....