Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 26 Januari 2010

Isu liwat Anwar:Wan Azizah dipanggil beri keterangan


KUALA LUMPUR, Jan 26 — Polis memanggil semula isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) untuk diambil keterangan sebagai saksi kes liwat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
“Saya diminta oleh pegawai penyiasat (Penguasa Polis Jude Pereira) untuk memberikan keterangan lagi.
“Saya hairan kerana tinggal lagi seminggu kes Anwar untuk bermula, saya dipanggil... dua tahun selepas kes ini disiasat,” kata beliau kepada pemberita sebelum melangkah ke balai polis Tropicana di sini kira-kira pukul 3 petang.
Wan Azizah meninggalkan balai polis itu sejam kemudian.

Pereira kelihatan berada di balai polis ketika keterangan Wan Azizah diambil tetapi tugas itu dijalankan oleh pegawai lain.
“Saya dimaklumkan oleh polis bahawa saya dipanggil untuk diambil keterangan sebagai saksi alibi,” kata beliau yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Saya ditanya beberapa soalan... peguam ada tadi,” katanya.
Perbicaraan kes itu sepatutnya bermula semalam tapi ditangguhkan sehingga 2 Feb ini.
Beliau meninggalkan mesyuarat Biro Politik untuk memberi keterangan di balai polis itu, yang terletak dua pintu dari ibu pejabat PKR.
Wan Azizah diiringi peguam R. Sivarasa yang juga Naib Presiden PKR.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Ketika Wan Azizah kembali ke ibu pejabat PKR dan menyertai sidang media, Anwar berkata tindakan polis bertujuan menakut-nakutkan anggota keluarganya menjelang hari perbicaraan.
Sivarasa menambah pihak polis tidak jelas dengan apa yang dimaksudkan sebagai “saksi alibi” memandangkan beliau tidak ingat mengemukakan nama Wan Azizah dalam senarai yang akan dipanggil untuk pembelaan apabila ditanya sama ada beliau akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi pihak pendakwa raya ataupun pembela.
Sivarasa juga berkata pihaknya berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menjadi salah satu saksi utama dalam kes liwat kedua Anwar ini.
Katanya, oleh kerana Najib sendiri menafikan pernah menemui Saiful, pihaknya ingin melihat beliau dipanggil sebagai saksi.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....