Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 5 September 2009

Zamri lawan Nizar:Tazkirah Dato' Hussam di N.Sembilan


TELUK KEMANG, 5 Sept: Para pemimpin dan petugas PAS Negeri Sembilan diperingatkan, jika mereka semua bergerak mengikut cara perjuangan para Nabi, tidak ada sebab mereka akan gagal dalam perjuangan menegakkan Islam.

Jika cara perjuangan Nabi dijadikan sebagai panduan, tiada sebab untuk kita tidak akan berjaya dalam perjuangan menegakkan Islam."

Ingatan ini diberikan oleh AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa semalam ketika memberikan tazkirah Ramadhan kepada mereka. Tazkirah ini diberikan selepas beliau bersama dengan pimpinan PAS Negeri Sembilan menghantar jenazah Adun Bagan Pinang, Azman Mohd Nor yang meninggal dunia petang semalam.

Perginya Azman bermakna PAS Negeri Sembilan akan menghadapi satu pilihan raya kecil kerana calon PAS telah bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

PAS Negeri Sembilan telah menganjurkan majlis berbuka puasa petang semalam dalam usaha merapatkan saf dan untuk tahun ini, Teluk Kemang telah menjadi tuan rumah.

Majlis ini datang secara kebetulan dengan perginya Adun Bagan Pinang yang terletak di dalama kawasan Telok Kemang itu. Dalam pilihan raya umum lepas, Yang Dipertua PAS kawasan mereka, Rahim Ismail adalah calonnya.

ImageMajlis ini dianjurkan di Masjid Lama Teluk Kemang, Batu 7, Teluk Kemang. Lebih meriah majlis pada tahun ini turut dihadiri oleh AJK PAS Pusat dan EXCO Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, Timbalan Pesuruhjaya 1, Zakaria Khalim, Timbalan Pesuruhjaya 2, Mohd Taufek Abdul Ghani, Yang Dipertua (YDP) PAS Teluk Kemang, Ramli Ismail, YDP PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli, Ketua Dewan Ulama, Hasan Alias, Ketua Dewan Muslimat, Fazilah Abu Samah dan Ketua Pemuda, Khairil Anuar Wafa.

Secara kebetulan oleh kerana Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Allahyarham Azman Mohd Noor meninggal dunia pada hari yang sama, maka rombongan pemimpin PAS telah bergegas ke tanah perkuburan sejurus berbuka puasa untuk memberi penghormatan terakhir.

Rombongan PAS merupakan antara pemimpin yang terawal sampai sebelum pemimpin Umno negeri lain tiba.

Selepas solat terawih, diadakan majlis tazkirah oleh Datuk Husam Musa. Beliau menyampaikan banyak contoh kisah para nabi yang boleh dijadikan sebagai panduan dan asas dalam kehidupan seharian.

Zulkefly dan Ramli juga memberi ucapan dalam majlis ini.

Zulkefly merakamkan terima kasih diatas kehadiran hampir 500 ahli pada majlis berbuka puasa ini.

"Semoga keberkatan Ramadan ini menambahkan kekuatan pergantungan kita kepada Allah," ujar Zulkefly.

Ramli pula mengucapkan terima kasih kepada PAS negeri kerana memberi peluang kepada PAS Teluk Kemang untuk menganjurkan majlis ini yang dapat merapatkan hubungan diantara ahli PAS Negeri Sembilan.

Ketiga-tiga pemimpin ini juga merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azman. _harakahdaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....