Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 20 Julai 2009

Teo mati beberapa jam sebelum di temui


Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam sebelum mayatnya ditemui mati dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.

Menjawab soalan kemungkinan setiausaha politik seorang exco kerajaan Selangor itu jatuh dari Tingkat 14, yang menempatkan pejabat suruhanjaya itu, Datuk Khalid Abu Bakar berkata:
"kemungkinan besar."

Ditanya mengenai barang-barang yang diambil dari pejabat SPRM Selangor semalam, Khalid berkata polis melihat semula tempat kejadian dan apa yang tertinggal pada hari pertama kejadian.

Petang semalam, polis mengambil beberapa dokumen dan selak tingkap di Tingkat 14 bagi membantu siasatan kematian Teoh yang menimbulkan pelbagai pertanyaan.

Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam, Khalid berkata rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik seorang exco Selangor memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu.

Bagaimanapun tidak rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.

Khalid juga berkata polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.

Musa, dalam sidang itu, berkata polis setakat ini telah berjaya menyiasat 60 peratus kes kematian tersebut.
Sumber:Malaysiakini

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....