Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 2 Julai 2009

DAP Kedah keluar PAKATAN, apa kata Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata DAP Kedah menarik balik sokongannya terhadap kerajaan PAS Kedah kerana hilangnya rasa kepercayaan antara kedua belah pihak.

Beliau juga menyifatkan tindakan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat sebagai sesuati yang serius yang memberi implikasi yang besar.

"Apabila DAP Kedah bertindak keluar dari kerajaan negeri Kedah, ia menunjukkan tidak ada komunikasi dan rasa hormat dari kerajaan PAS Kedah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, DAP Kedah tidak pernah meminta sebarang anugerah atau gelaran gDatuk tetapi ia tidak senang dengan kurangnya rasa hormat PAS terhadap DAP di Kedah, tidak sepertimana penghormatan yang diberikan kepada PAS di Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh DAP Kedah itu bukan muktamad kerana ia perlu dipersetuju oleh jawatankuasa kerja pusat (CEC) terlebih dahulu.

Bagaimanapun, kata Lim, belum ada tarikh yang ditetapkan oleh CEC untuk bermesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut.

"Hanya selepas menerima surat rasmi yang mengesahkan keputusan jawatankuasa DAP Kedah itu, maka baru saya akan memanggil mesyuarat CEC untuk membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu," kata Lim yang ketua menteri Pulau Pinang.

Semalam, pengerusi DAP Kedah, Thomas Su berkata, jawatankuasa DAP Kedah memutuskan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat di Kedah.

Katanya, keputusan itu buat ekoran kegagalan kerajaan PAS Kedah memberi layanan saksama kepada semua rakyat negeri itu.

Dua punca utama menyebabkan keputusan itu dibuat ialah tindakan merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya dan 50 peratus kuota perumahan bumiputera di negeri itu.MALAYSIAKINI.

Tok tahu lah Ambo apa yang akan terjadi. Nampaknya bertepuk tangan lagilah puok2 UMNO,lepas satu satu isu yang memberi peluang kepada musuh untuk menyerang PAKATAN.Setahu Ambo PAS Pulau Pinang pun ibarat melukut di tepi gantang dlm kerajaan P.Pinang,tapi tidaklah sampai ingin keluar PAKATAN. Apakah puak2 DAP tak sedar akan hal ini.
Tapi itulah yang terjadi faham2 sendiri.

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....