Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 24 Disember 2009

Notis sudah diserah, jangan ungkit lagi-Ariffahmi

KOTA BARU, Dis 24 — Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Abdul Rahman (gambar) sudah menyerahkan notis letak jawatan seperti yang diumumkan beliau awal bulan ini.

Beliau mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insider hari ini.

Notis tersebut telah diserahkan kepada pengerusi PMBK, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan semalam.

"Sebenarnya semalam lagi saya serahkan notis itu kepada tok guru,” kata Ariffahmi yang juga menantu kepada Nik Aziz.

Dengan penyerahan notis tersebut bermakna peletakan jawatan Ariffahmi akan berkuat kuasa 90 hari kemudian iaitu 23 Mac.

Notis tersebut selaras dengan syarat dan terma pelantikannya ke jawatan CEO sebelum ini.

Ariffahmi dilantik sebagai CEO PMBK pada 20 September, namun dinasihat letak jawatan lebih kurang dua bulan kemudian ekoran kontroversi yang didakwa kononnya melibatkan dirinya.

Sehubungan itu beliau berharap tidak ada lagi sebarang spekulasi atau persepsi berhubung perkara berkaitan ke atasnya.

"Notis rasmi sudah pun diserah, tiba masanya berkuatkuasalah ia.

"Jadi tak ada gunanya jika ada lagi pihak-pihak yang cuba ingin perbesar-besarkan isu ini,” katanya.

Ketika menjawab visi dan misinya sama ada dalam kerajaan mahu pun politik lewat pengalaman dilaluinya sebelum ini beliau hanya berkata, "tiada komen."

Tetapi dalam perjuangan sesebuah parti atau pun politik, katanya, para jemaah diwajib memperjuangkan kebenaran.

"Justeru saya akan tetap setia bersama parti,” katanya.

Menyentuh mengenai kenyataan yang ditulis isterinya, Nik Amalina Nik Abdul Aziz melalui blognya semalam, Ariffahmi berkata itu hak beliau untuk bersuara.

"Saya tak nak komen sama ada tentang tulisannya (Nik Amalina) atau pun pengkritik-pengkritik tulisannya. Mungkin itu satu keperluan baginya.

"Secara ringkas boleh saya katakan begini saja, hanya jauhari mengenal manikam” ujarnya.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....