Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 15 November 2009

Saham RM8 juta: Anwar pertahan Azmin


SHAH ALAM, Nov 15 — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan Naib Presidennya, Azmin Ali yang didakwa terlibat dalam pembelian saham lebih RM8 juta dengan dua individu lain yang dibangkitkan oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia SA Vigneswaran kelmarin.

Semalam, Azmin menolak pendedahan Vigneswaran kononnya mereka bertiga memperoleh saham RM8.5 juta awal 1990-an ? ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan sambil menganggapnya “sebagai tidak berasas sama sekali.”

Sebaliknya, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menegaskan, perkembangan terbaru ini menunjukkan Barisan Nasional masih meneruskan serangan yang dimulakan terhadapnya pada 1998.

Anwar menambah, siasatan berkenaan dakwaan itu telah dibuat pada 1998 di mana Azmin telah ditahan dan kemudian dibebaskan.

“Azmin pun sudah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan itu dan akan ambil tindakan. Kita kena bezakan antara fakta atau fitnah.

“Saya tidak tengok dokumen itu tapi saya tahu sebab siasatan telah dibuat sejak awal dan tidak ada tindakan, bahkan dilepaskan,” kata beliau selepas menyampaikan ucaptama pada konvensyen PKR Selangor di sini hari ini.

Mengenai pelantikan beliau sebagai penasihat ekonomi Selangor, Anwar berkata, ia antara lain bertujuan membantu memperkukuhkan kedudukan pakatan pembangkang di negeri itu selain mempertahankan Selangor daripada dirampas semula oleh BN.

Selain itu, fokus utamanya ialah untuk membantu Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam beberapa isu yang wajar diberi perhatian seperti soal dana pertumbuhan ekonomi, pengurusan dan pelaburan di negeri itu.

“Kita juga akan fokuskan kepada beberapa isu lain juga seperti rangsangan ekonomi, beberapa isu yang masih dirundingkan dan percepatkan proses pelaksanaan projek yang tertakluk kepada peraturan dan syarat yang ketat.

“Apapun tujuan saya lebih banyak membantu kedudukan Menteri Besar untuk terus mantap,” katanya.themalaysianinsider

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....