Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 16 November 2009

Di taja atau tidak Tok Guru Nik Aziz akan tetap ke Mekah tahun depan


KOTA BARU, Nov 16 — Ketika isu kontroversi haji ditaja hangat diperkatakan, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan kesanggupannya untuk menerima tajaan mana-mana pihak bagi membolehkan beliau menunaikan ibadat haji pada tahun hadapan.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata sama ada ditaja ataupun tidak beliau mahu menunaikan ibadat haji pada musim akan datang setelah membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji tahun ini.

"Tahun depan ada orang tak nak taja ambo (saya) gi Mekah. Siapa nak taja ambo ambik. Tak taja pun ambo gi," kata beliau dipetik Bernama.

Nik Aziz (gambar) semasa berucap pada majlis solat hajat dan sambutan 19 tahun pemerintahan PAS Kelantan di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK) di sini malam tadi.

Semalam Pemuda Umno Kelantan menggesa agar Nik Aziz agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar susulan pengakuan beliau pernah dibiayai individu tertentu untuk mengerjakan haji masa-masa lalu dan tahun ini.

Malah Pemuda Umno Kelantan juga meminta menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman agar meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) atas alas an menyalahgunakan kedudukannya.

Pergerakan itu menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa agar siasatan berhubung kedua-dua personaliti itu dipertingkatkan.

Selasa lalu, media melaporkan pengakuan Nik Aziz bahawa beliau ditaja pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65,000 dan mendapat layanan bertaraf "VVIP".

Ekoran kenyataan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung perkara itu. Disebabkan timbul pelbagai polemik, Nik Aziz membatalkan hasratnya berlepas ke Mekah pada Rabu ini.

Semalam, Pemuda Umno Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak siasatan dijalankan dan meminta Nik Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Menteri Besar Kelantan membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji berikutan isu tajaan hajinya dipolitikkan.

"Untuk elak keadaan akan datang menjadi lebih serius lebih baik dia tidak pergi kerana dalam politik ni macam-macam boleh jadi. Ia menyebabkan persepsi yang kurang elok sedangkan di dalam Islam menaja haji itu tidak salah," katanya.

Mohd Amar berkata ia menjadi salah atau rasuah apabila individu itu memberikan sesuatu atau wang dengan menyatakan dia ingin sesuatu sebagai balasan daripada apa yang diberikan.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....