Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 11 November 2009

Ceramah perdana sempena 19 tahun PAS tadbir Kelantan






KOTA BHARU, 11 Nov: Tanpa disedari usia kerajaan PAS di Kelantan kini sudah melewati 19 tahun. Ini bermakna hampir 20 tahun Umno gagal dalam misinya merampas Serambi Mekah.

Biar pun Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan sudah lima kali bertukar ganti, namun mereka masih dikecewakan rakyat di negeri ini.

Mereka gagal mengulangi kejayaan 1978 apabila berjaya memecah PAS sehingga lahir Berjasa dan Hamin ketika itu.

Kekuatan PAS Kelantan tetap dipertahankan biar pun Semangat 46 yang pernah bersama pada 1990 sudah lama dikuburkan.

Mengambil kira kejayaan itu Badan Perhubungan PAS Kelantan akan mengadakan ceramah perdana sempena 19 tahun pemerintahan pada Ahad ini (15 November).

Tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat akan ditampilkan termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum KeADIlan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Selain itu Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga hadir berceramah pada program yang akan diadakan Putik, Pengkalan Chepa.

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Wan Zulkefli Wan Mohamad berkata, program tersebut bermula dengan solat Maghrib.

“Selepas itu akan diadakan kuliah Maghrib oleh pengkuliah jemputan. Selepas solat Isyak akan diadakan solat sunat hajat yang dijangka diimamkan Menteri Besar,” katanya di sini.

Beliau berkata, program tersebut diadakan sebagai mengingati kejayaan kerajaan PAS di Kelantan sehingga mampu bertahan hampir 20 tahun.

Sementara itu pada hari yang sama (Ahad) KeADIlan negeri akan menganjurkan konvensyen bertempat di Kelantan Trade Centre bermula jam 2 petang.

Pada konvensyen tersebut beberapa kertas kerja akan dibentang termasuk oleh Mustafa Kamil Ayub, Fauziah Salleh, Tien Chua, Shamsul Iskandar dan Badrul Hisyam.

Setiausaha Konvensyen, Wan Abu Bakar Wan Muhammad berkata, perasmian konvensyen itu akan dilakukan Anwar pada akhir program.harakahdaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....