Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 16 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Ust Nasha aktif di Permatang Pasir


TASEK GELUGOR: Berlainan dengan senario ketika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Kelantan bulan lalu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa kelihatan 'lebih cergas' mahu membantu calon mereka di Permatang Pasir.

"Sekarang saya dah OK, dah sihat. Kalau dulu nak berkempen (di Manek Urai), perut semua mesti keluarlah... sekarang saya sudah pulih," kata beliau ketika ditemui mStar Online selepas Majlis Jamuan Bersama Pemimpin di Sungai Dua dekat di sini malam tadi.

Majlis tersebut diadakan ketika Permatang Pasir, jiran DUN Sungai Dua, mula bersedia untuk menyambut hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, esok.

Nasharudin juga hadir malam kelmarin ketika PAS mengumumkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man, 52, sebagai calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil ini.

Beliau hadir bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin.

"Saya akan berada (di Permatang Pasir) hingga hari penamaan calon dan kemudian datang semula... akan berkempen sampai habis (hari pengundian)," kata Ahli Parlimen Bachok ini.

Nasharudin, yang berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden pada Muktamar PAS baru-baru ini, menjadi tumpuan sejak awal Jun lalu di sebalik isu kerajaan perpaduan dan krisis dengan barisan kepimpinan Kelantan.

Juga timbul laporan bahawa beliau telah dilarang daripada berkempen di Manek Urai.

Secara kebetulan beliau juga kurang sihat dan menjalani pembedahan kecil di bahagian usus di Hospital Serdang semasa kempen pilihan raya kecil Manek Urai.

Turut berucap pada majlis malam tadi ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.mstar

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....