Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 16 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Cabaran kekalkan majoriti Pas di Permatang Pasir

Kemenangan tipis Pas mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan pada pilihan raya kecil 14 Julai lalu, menjadikan pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir yang bakal berlangsung tidak lama lagi sesuatu yang menarik untuk diperhatikan. Pas tentunya tidak mahu “trend” pengundian itu berulang di Permatang Pasir, Pulau Pinang dan pada masa yang sama tidak mahu dilihat terlalu yakin seperti di Manek Urai.

Pada pilihan raya kecil Manek Urai, Pas gagal mempertahankan majoriti 1,352 undi diperolehinya pada pilihan raya umum Mac tahun lepas, walaupun peratusan keluar mengundi lebih tinggi sedikit berbanding pada pilihan raya umum lalu.

Barisan Nasional (BN) berjaya mengurangkan majoriti Pas itu kepada hanya 65 undi, yang disifatkan pemerhati politik sebagai 'kemenangan moral' dan petunjuk bahawa rakyat semakin menerima perubahan yang dibawa oleh parti pemerintah.

Persoalannya, mampukah BN khususnya UMNO menawan atau setidak-tidaknya mengurangkan majoriti kemenangan Pas di Permatang Pasir yang juga satu daripada tiga kawasan DUN di bawah kawasan Parlimen Permatang Pauh itu?

“Permatang Pauh boleh dianggap sebagai kawasan pakatan pembangkang walaupun DUN Seberang Jaya sebenarnya dikuasai UMNO,” kata penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir perlu diadakan berikutan kematian ADUN kawasan itu Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, dari Pas pada Jumaat lalu akibat serangan jantung. Ia akan menjadi pilihan raya kecil ketiga di kawasan Parlimen Permatang Pauh sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 8 Mac tahun lalu.

Sebelum ini, kawasan Parlimen Permatang Pauh telah menyaksikan pilihan raya kecil pada bulan Ogos tahun lalu dan pilihan raya kecil DUN Penanti pada 31 Mei lalu, berikutan tindakan wakil rakyatnya dari PKR meletakkan jawatan.

Sivamurugan berpendapat sungguhpun BN agak sukar untuk menang di Pematang Pasir, beliau tidak menolak kemungkinan BN mampu mengurangkan majoriti undi kemenangan Pas di kawasan itu pada kali ini.

Bagaimanapun, ia akan bergantung kepada sejauh mana parti-parti komponen BN mampu bergerak sebagai satu pasukan yang berkesan, menyelesaikan masalah dalaman, mengemukakan calon yang sesuai dengan cita rasa pengundi dan isu-isu yang dibangkitkan.

“Ia juga medan untuk menguji kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” kata Sivamurugan merujuk kepada Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang baru dilantik itu.

Di Manek Urai, kejayaan BN mengurangkan majoriti Pas di kawasan kubu kuatnya itu dikaitkan dengan keberkesanan jentera parti BN yang bergerak sebagai sebuah pasukan selain faktor Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapha Mohamed.

“Tok Pa (Mustapa) diterima akar umbi,” kata Sivamurugan mengakui pemimpin itu berjaya menyatukan UMNO Kelantan yang sebelum ini berpecah dan sering dikaitkan dengan tindakan 'cah keting' atau cantas-mencantas.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan juga berpendapat Permatang Pasir sukar ditembusi namun BN, katanya, tetap mempunyai harapan di kawasan itu berdasarkan trend pengundian 'turun-naik'.

Misalnya pada 2004, calon BN Datuk Adnan Ramli berupaya menggugat sokongan terhadap Allahyarham Mohd Hamdan apabila pada masa itu Pas hanya menang dengan majoriti 679 undi, berbanding majoriti besar pada 1999.

Bagaimanapun, pada 2004 Allaryarham Mohd Hamdan menewaskan Ahmad Sahar Shuib dari BN dengan majoriti 5,433 pula. Sebelum pilihan raya umum 1999, kerusi Permatang Pasir dipegang oleh BN, contohnya pada 1986, 1995 dan 1990.

Dari sudut berbeza, selain menjadi kubu kuat Pas, Manek Urai dan Permatang Pasir juga mempunyai persamaan iaitu didominasi pengundi Melayu, masing-masing 99.2 peratus dan 69.4 peratus daripada pengundi keseluruhannya.

Dalam perkara ini, penganalisis politik berkata peranan parti komponen MCA, Gerakan atau MIC memainkan peranan penting untuk menarik sokongan 24.5 peratus pengundi Cina dan enam peratus pengundi India.

Bagi pemerhati politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein, pilihan raya kecil yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selewat-lewatnya minggu depan itu akan menguji kekuatan parti-parti yang bertanding.

“Tentunya Pas jika menang pun mahu menang lebih besar dan BN jika kalah tidak mahu kalah lebih besar,” kata Atory yang berkeyakinan 'trend pengundian' di Manek Urai mampu beralih ke Permatang Pasir dengan perkembangan semasa.

Apa yang pasti pemimpin dari pakatan, antaranya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sejak dari awal mengingatkan bahawa Permatang Pasir, 'bukan laluan mudah' dan mahu Pas mengambil iktibar daripada keputusan di Manek Urai.

“Semua pihak perlu perbetulkan persepsi yang pakatan pembangkang boleh menang mudah di situ kerana situasi sekarang adalah 50-50,” kata Guan Eng seperti dilaporkan media. Barangkali semua pihak mula menyedari, selepas apa yang berlaku sejak 8 Mac tahun lalu, rakyat sudah dapat menilai dan mampu membezakan di antara kaca dan permata.sinarharian

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....