Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 11 Ogos 2014

Orang Kanan TS Khalid Isytihar Keluar PKR

 Untuk besarkan KLIK IMEJ

Orang kanan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ‎Faekah Husin mengisytiharkan dirinya keluar PKR hari ini kerana tidak berpuas hati dengan tindakan parti itu memecat majikannya.

Faekah dalam surat ke‎pada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau hilang kepercayaan kepada parti kerana gagal menguruskan krisis kedudukan menteri besar Selangor.
"Saya penama dan nombor keahlian seperti di atas mengisytiharkan keluar daripada menjadi ahli PKR serta merta.

"Tindakan ini saya ambil kerana sudah hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu berbangkit daripada kedudukan jawatan menteri besar Selangor secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur.

"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Khalid jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh parti ini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," katanya dalam surat tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) ‎itu memulakan karier politiknya sebagai ahli Parti Keadilan Nasional (PKN) sejak mula ditubuhkan pada 1999.

Faekah ketika mengesahkan surat tersebut kepada The Malaysian Insider berkata, beliau akan meneruskan tugasnya dalam pentadbiran negeri dan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti biasa.

"Saya akan tumpu pada kerja memajukan hartanah atas nama MBI yang mana saya adalah CEO."Penyelaras DUN masih kekal sebab Tan Sri (Khalid) adalah Adun Pelabuhan Klang," katanya.Pada 2000, beliau dilantik sebagai ketua Penerangan Wanita PKR Selangor dan bendahari Wanita negeri.‎

Terkini : Sultan Selangor Perkenan TS Khalid Kekal MB

 Khalid mengangkat ibu jari sebagai respon hasil pertemuan dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di Klang, Isnin

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada beliau untuk meneruskan tugas sebagai menteri besar.

Bercakap pada sidang media di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Abdul Khalid juga menegaskan beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua Exco Kerajaan negeri Selangor dalam masa terdekat.

"Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya sebagai ahi PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri. Justeru itu DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor," ujar beliau.

Sementara itu, Abdul Khalid turut memberitahu, beliau tidak menolak untuk menyertai mana-mana parti politik termasuk Pas selepas beliau dipecat daripada keahlian seumur hidupnya daripada PKR.

"Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa," tambah beliau lagi.SH

MB Kelantan Nafi Tawar Khalid Ibrahim Sertai Pas

Laporan berita yang berkait dengan YAB Menteri Besar Kelantan merangkap Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) di bawah tajuk 'PAS Pelawa Abdul Khalid Keahlian PAS' sebagaimana yang dilaporkan oleh portal online mstar adalah tidak tepat sama sekali. Laporan akhbar tersebut boleh dirujuk di: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/08/10/pas-terima-khalid/

Perenggan kedua laporan mstar yang menyatakan 'Menteri Besar Kelantan memberitahu pintu keahlian PAS sentiasa terbuka untuk Abdul Khalid yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari Sabtu kerana masalah disiplin' dengan disebut sedutan ucapan beliau yang berbunyi "terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana telah dipecat PKR" adalah tidak benar sama-sekali.

Sebaliknya YAB Pemangku Ketua DUPP hanya menyatakan "itu kita tidak boleh nak komen, itu hak dia" apabila ditanya tentang masa depan politik Tan Sri Khalid selepas ini. Dalam menjawab soalan kepada wartawan pada tengah hari tadi di Perdana Resort ketika menghadiri majlis hari raya Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) beliau hanya menekankan agar masyarakat dan ahli PAS bertenang supaya dapat mewujudkan suasana terbaik dalam kemelut yang melanda Selangor dan ujarnya "DUPP sendiri kembali kepada tarikh mesyuarat PAS Pusat yang akan berlangsung pada 17 Ogos 2014 nanti dan kita tunggu apa yang diputuskan nanti" ujar beliau lagi "apa yang berlaku di Selangor kini adalah satu 'exercise' bagi membina kematangan berpolitik".

Beliau yang juga anggota Majlis Syura Ulamak PAS (MSU) menegaskan bahawa ahli PAS perlu menghormati MSU yang merupakan badan tertinggi parti dan sentiasa memantau perjalanan PAS agar seiring dengan dasar dan prinsip PAS.

Beliau juga menyatakan bahawa Dewan Ulamak PAS Pusat tidak pernah membincangkan tentang urusan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagaimana yang tersiar dalam berita headline TV3 pada jam 8 malam tadi. Apa yang dinyatakan ialah perbincangan tentang hal tersebut akan dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat dan MSU telah membincangkan hal ini, boleh jadi mereka yang melaporkan tersebut keliru antara Dewan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak.Hrkh

Ahad, 10 Ogos 2014

Doa TS Khalid Untuk DS Anwar Ibrahim

 Untuk besarkan KLIK IMEJ

SHAH ALAM – Umum mengetahui persengketaan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keengganannya untuk melepaskan jawatan tersebut.

Namun, hari ini sempena hari kelahiran Anwar yang ke-67, Abdul Khalid tetap menyampaikan ucapan dan mendoakan agar Anwar panjang umur.

“Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semoga dikurniakan umur yang panjang untuk istiqamah dengan agenda reformasi dan perjuangan rakyat,” tulisnya di laman sosial Facebook, sebentar tadi.SH

Gambar : Forum Bincang Isu TS Khalid Kecoh




Terkini : Tok Guru Nik Aziz Mengulas Pemecatan TS Khalid

 Gambar fail

KOTA BAHARU: Pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada kaitan dengan PAS, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini.

"PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini malam ini.

Nik Abdul Aziz juga berkata Majlis Syura Ulama PAS tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama PAS) itu dia punya pasal," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar (MB) Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu.

Sementara itu di SHAH ALAM, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata tindakan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta sudah dijangka.

Katanya, beliau kini hanya menunggu arahan daripada parti mengenai tindakan selanjutnya.

"Saya telah menjangka Abdul Khalid akan dipecat apabila PAS Pusat menangguhkan tarikh mesyuarat mereka. Saya sekarang hanya menunggu arahan dari parti saya," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....