Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Sabtu, 4 Disember 2010
Jumaat, 3 Disember 2010
"Cinta Syyhh" : Uncle Seekers & Bapanya Disaman Oleh Bekas Pemaisuri Agong
KUALA LUMP
UR 3 Dis. – Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.
Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.
Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.
Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif. – UM
Video : Keputusan gantung Anwar luar biasa
PETALING JAY
A, 3 Dis: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penggantungannya daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan jika berkuatkuasa hari ini adalah luar biasa.
Ini, katanya kerana keputusan tersebut berkaitan dengan isu Apco yang sepatutnya dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang memerlukan beliau dipanggil untuk memberi keterangan dan membela diri.
Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau tidak pernah dipanggil untuk berbuat demikian tetapi keputusan tersebut dibuat berdasarkan ucapannya semasa perbahasan di Dewan Rakyat.
"Pada saya, tindakan yang dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen itu jelas menafikan hak saya selaku orang yang dituduh. Ini merupakan satu tindakan yang jelas menghina Parlimen dan mengaibkan Parlimen yang mulia," katanya pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, petang ini.
Menurut beliau, tindakan yang dibuat oleh Jawatankuasa itu juga tentunya turut menimbulkan tanda tanya lain kepada pelbagai pihak kerana ia menggambarkan Apco bagaikan begitu berkuasa, ekoran dakwaan yang dibuat oleh beliau mengenai syarikat pelobi pro-Israel antarabangsa itu selama ini.
Dalam persidangan Parlimen, Anwar pernah mendedahkan bahawa kerajaan Umno BN mengupah Apco Worldwide dalam menjalankan misinya dalam komunikasi.
Selain itu, beliau juga mendakwa Apco turut terbabit dalam usaha menggubal slogan 1Malaysia yang dikaitkan dengan slogan 1Israel yang diguna pakai oleh rejim Zionis. Dalam ucapannya di Dewan Rakyat, beliau memberikan pelbagai contoh ketara untuk menunjukkan persamaan antara 1Malaysia dan 1Israel.
Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak membayar lebih RM70 juta sebagai upah kepada Apco untuk khidmatnya itu selain memperbaharui kontrak syarikat itu.
Pada 8 Jun lalu, Anwar telah dipangil oleh Jawatankuasa tersebut berhubung dakwaan beliau bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Najib itu sebenarnya diceduk daripada slogan One Israel di bawah pimpinan Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.
Namun untuk tindakan selanjutnya, beliau tidak pula dipanggil untuk memberikan keterangan yang lebih jelas. Begitu juga dengan usul yang dikemukakan oleh beliau untuk membincangkan perkara itu secara khusus sering ditolak oleh Dewan Rakyat.
Dalam persidangan Dewan Rakyat, Anwar bagaimanapun terus juga memperkatakan perkara itu jika berpeluang bagi membolehkan ia dibincangkan dengan lebih lanjut, memandangkan pembabitan Apco dengan tindakan kerajaan merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh mengundang bahaya kepada negara.
Persidangan Dewan Rakyat bagi tahun ini masih lagi berlangsung. Ia dijangka berakhir sekitar dua minggu lagi. Manakala sesi Parlimen baru dijadualkan bermula 7 Mac tahun depan.
Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh, peguam Anwar dan Mohamed Azmin Ali.Hrkh
Subsidi diselaras lagi, harga petrol dan LPG dijangka naik
UMPUR, 3 Dis — Harga bahan api petrol dan diesel serta gas dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi - dasar yang diperkenalkan Putrajaya pertengahan tahun ini.Foto-foto Eksklusif Peninggalan Rasulullah SAW

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW
(Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek.
Ya Allah … betapa sederhananya baju sang pemimpin dunia yang suci nan agung ..!!)

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW
(Bagian dari baju gamis Nabi SAW yang sudah sobek)

Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW

The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap surat Nabi SAW)

Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW

Kunci Ka’bah Masa Nabi Muhammad SAW

Khamis, 2 Disember 2010
Chegubard enggan respons dakwaan blog pro-Umno beliau mahu keluar PKR
MPUR, 2 Dis – Badrul Hisham Shaharin yang tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) enggan mengulas desas-desus mahu meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas alasan kecewa dengan proses pemilihan yang dikatakan tidak demokratik dan cacat.
