Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 25 September 2013

Keadaan Kesihatan Ust Azizan Semakin Merosot

KUALA LUMPUR: Kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak yang sebelum ini agak stabil, mula merosot sejak jam 3.30 pagi tadi.

Keadaan itu dilihat melalui bacaan tekanan darahnya yang mula menurun, selain kadar jantungnya yang juga perlahan.

Ketika bercakap kepada Harakahdaily, setiausahanya, Muzaini Azizan berkata ruang wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar yang menempatkan Azizan juga dipenuhi ahli keluarga dan pimpinan PAS Kedah.

"Ketika ini ruang wad dipenuhi dengan keluarga dan pimpina Kedah yang bersama-sama membacakan surah Yasin. Biarpun demikian, doktor masih terus berusaha," kata beliau lagi.

Hujung bulan lalu, Azizan menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan.

Ustaz Azizan, 69, yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.

Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman.Hrkh

Panas !!! Video Pengakuan Pengawal Keselamatan Yang Dimaki Isteri Mat Yo Tersebar




SUBANG – Kejadian seorang isteri pemain bola sepak kebangsaan memaki hamun seorang pengawal keselamatan menjadi viral apabila video yang dimuat naik oleh wanita tersebut mendapat perhatian ramai hari ini.

Pelbagai kata biadap yang dilemparkan oleh isteri Nor Shahrul Idlan Tallaha atau dikenali sebagai Mat Yo terhadap pengawal di Lapangan Terbang Subang Skypark, di sini.

Bagi mendapatkan kisah sebenar bagaimana isu ini boleh tercetus, wartawan Mynewshub.my berjaya menjejaki pengawal keselamatan yang dimaki hamun menerusi video berdurasi selama 55 saat itu.

Menurut Azman Mohd Nayan, 49, kejadian berlaku pada jam 12 tengahari pada 12 September lalu.Katanya, dia menegur tindakan pasangan tersebut yang meletakkan kereta mereka di kawasan yang tidak sepatutnya.

Selasa, 24 September 2013

Belanja Rumah Terbuka Aidilfitri Kabinet Najib Cecah RM 2.88 Juta

Parlimen diberitahu hari ini kos sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melibatkan kos sebanyak RM2.88 juta.

Perkara itu disahkan dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim di Parlimen.

"Majlis rumah terbuka itu dihadiri lebih 80,000 tetamu daripada rakyat pelbagai bangsa, agama, dan lapisan masyarakat," katanya dalam jawapan bertulis kepada ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook.

Jelas jawapan berkenaan, syarikat katering yang bertanggungjawab mengenakan bayaran RM 36 sekepala. Loke bagaimanapun membangkitkan sama ada jumlah yang dibayar itu berbaloi ataupun tidak dengan hidangan yang disediakan.

"Mereka (yang hadir) dapat menilai, RM36 itu berbaloi atau tidak," katanya ketika sidang media di Parlimen hari ini.

"Majlis besar seperti ini kenapa gunakan khidmat satu katerer sahaja, kenapa tidak gunakan khidmat banyak katerer," soal Loke lagi. – 24 September, 2013.TMI

Parlimen Malaysia Tolak Bincang Isu Mesir

 Sidang media Mahfuz di Parlimen

KUALA LUMPUR: Usul bagi membincangkan pendirian Malaysia terhadap rampasan kuasa dan pergolakan di Mesir yang berlarutan sehingga hari ini, ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Usul tersebut, dikemukakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1).

Ketika membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat hari ini, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mempersoal alasan penolakan yang diberikan kerana didakwa meminta penerangan tentang negara asing dan bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat 23 (1) (i).

Menjelas lanjut pada sidang media selepas itu, Mahfuz mendakwa, alasan penolakan yang diberikan speaker tidak tepat kerana beliau bukan meminta penerangan tentang negara Timur Tengah itu.

Menurutnya, usul tersebut hanya mahu meminta pendirian kerajaan atas nama dewan bahawa dewan perlu membuat pendirian tegas atas apa yang berlaku di Mesir.

"Saya agak tidak setuju dengan speaker menggunakan alasan ini untuk katakan kita tidak boleh sentuh negara luar.

"Sebelum ini kerajaan pernah bentang usul berhubung krisis di Iraq dan Afghanistan, kita sentuh prinsip asas yang disepakati antarabangsa dan ini harus difahami kerajaan," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, semua maklum bahawa rampasan kuasa yang berlaku di Mesir adalah didalangi kuasa besar termasuk Amerika Syarikat dan sekutunya Zionis Israel.

Isnin, 23 September 2013

Kenyataan Bercanggah Oleh Zahid Hamidi


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) membuat kenyataan bercanggah di Parlimen hari ini apabila mengatakan keadaan jenayah dalam negara masih terkawal.

Katanya keadaan jenayah negara turun dengan drastik selepas penahanan 7,200 individu yang dipercayai anggota kongsi gelap dari 17 Ogos hingga sekarang.

Bulan lalu pada 20 Ogos semasa mengumumkan Ops Cantas dan dua pasukan khas untuk memerangi jenayah Ahmad Zahid mengatakan, “Saya ada bukti peningkatan kadar jenayah terutamanya di kawasan merah”.

 Dalam reaksi serta-mertanya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua mengatakan kata-katanya menteri itu tidak mempunyai kredibiliti.

“JIka keadaan jenayah terkawal, mengapa dia heboh tentang undang-undang Ordinan Darurat (EO)? soal Pua.

“EO dan kadar jenayah tidak eksklusif. Jadi dia kena buat keputusan pindaan EO bermasalah atau kadar jenayah. Kenyataan beliau bercanggah,” katanya. – 23 September, 2013.TMI

Respon Tok Guru Nik Aziz Berkenaan Lawatan Presiden Amerika Syarikat Ke Malaysia

 Berikut adalah respon Tok Guru Nik Aziz berkenaan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke Malaysia,Dipetik dari Facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat :

Saya ingin memberikan sedikit respon berkenaan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke Malaysia yang dijadualkan pada bulan hadapan.

Pada saya, ia tidak lebih hanyalah tanda terima kasih Amerika kepada Malaysia yang selama ini menyokong pendirian Amerika dalam pelbagai isu antarabangsa. Ini termasuklah dalam isu rampasan kuasa tentera di Mesir yang mana Malaysia hanya sanggup menyatakan tidak setuju dengan kadar yang paling minima sahaja tanpa disertai dengan apa-apa tindakan serius.
 
Kelantan, sekalipun sebuah negeri yang kecil di mata dunia antarabangsa berusaha sedaya upaya sekadar yang termampu untuk menyatakan rasa kesal terhadap kudeta yang berlaku di Mesir. Kelantan telah mengadakan sidang Dewan khas untuk meluluskan usul mengutuk dan menghantar nota bantahan.

Adapun kerajaan Malaysia, dalam hal ini masih bersikap takut-takut, dibimbangi mengguris hati Amerika Syarikat. Kepatuhan Malaysia ini melayakkan bumi Malaysia dipijak oleh Presiden Amerika Syarikat nanti.

Pada saya, tiada yang membanggakan jika Malaysia dikunjungi Presiden Amerika. Ia hanya mengesahkan hubungan baik antara kedua-duanya yang telah terjalin sekian lama ~ FB TOK GURU

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....