Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 8 Mei 2013

Latar Belakang Keluarga MB Kelantan Yang Baru

TUMPAT: Pelajarnya datang dari seluruh negara. Ada juga dari selatan Thailand menimba ilmu agama daripada Tok Guru Haji Yaakob Ishak.
Pondok Berangan atau lebih dikenali sebagai Madrasah Yaakubiah terletak tidak jauh daripada perkampungan Siam di Kampung Berangan.

Tok Guru Haji Yaakob mengasaskan pondok tersebut pada 1942. Ketika itu gerakan menentang penjajah memuncak, ditambah pula kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.

Beliau mencurah segala ilmu di dada selepas pulang daripada mencari ilmu agama di Patani, Pondok Tok Selehor dan Pondok Bunut Payong.

Berasal dari Kampung Kelong, Tumpat sebelum berhijrah ke Kampung Berangan bagi membina pusat pengajian agama.

Hasil perkongsian hidup dengan Che Zainab Che Hussin, mereka dikurniakan tujuh anak.

Anak sulung, Asiah kini tinggal di Mengkebang, Kuala Krai. Kedua, Ahmad, ketiga Kamariah seorang pendakwah, keempat, Faridah bertugas sebagai guru. Kelima, Hazrin, pensyarah perubatan di USM Kubang Kerian dan Jalilah juga seorang guru.

Che Zainab, 84 agak uzur dan tidak mampu lagi berjalan lebih jauh di luar rumah, sama sekali tidak menyangka anak keduanya, Ahmad dipilih menggantikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ketua kerajaan Kelantan.

“Makcik terkejut apabila diberitahu Ustaz Mad dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau datang memberitahu makcik selepas balik daripada mengangkat sumpah di istana Isnin lalu.

“Ustaz Mad memberitahu beliau begitu terkejut apabila dipilih Tok Guru Nik Abdul Aziz menggantikan tempatnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pondok Berangan hari ini.

Selasa, 7 Mei 2013

Polis Siasat Utusan Kerana Menghasut


KUALA LUMPUR, 7 Mei — Polis sedang menyiasat Utusan Malaysia di atas dakwaan menghasut, beberapa jam selepas akhbar milik Umno itu membangkitkan kebencian dengan laporan muka hadapan yang menyalahkan masyarakat Cina di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013.

Polis juga menahan dua penulis blog, Papa Gomo dan King Jason untuk soalsiasat.“Satu laporan polis diterima berkenaan siaran Utusan Malaysia yang berbaur hasutan. Kes disiasat di bawah Sek 4(1)(c) Akta Hasutan 1948,” tulis polis dalam akaun Twitter mereka, @PDRMsia.

Di bawah undang-undang ini, sesiapa yang didapti bersalah akan didenda tidak lebih dari RM1,000 bagi kesalahan pertama atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan yang berulang, mereka yang didapati bersalah akan berhadapan dengan penjara maksimum tidak lebih dari lima tahun.

“PDRM tidak akan teragak2 utk memburu/menangkap mana2 pihak yg mencetuskan isu perkauman@ hasutan menerusi rangkaian media sosial , kata Ketua Polis Negara (KPN) dalam akaun Twitter rasmi polis.

Tan Sri Ismail Omar menambah, pilihan raya umum ke 13 yang dijalankan pada Ahad lalu “berjalan lancar tanpa insiden yang besar dan semua pihak menunjukkan kematangan melaksanakan demokrasi.”

Muka hadapan akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan “Apa lagi Cina mahu? dalam langkah yang dilihat sebagai percubaan untuk mencorakkan keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai undi Cina lawan undi Melayu.

Ahli politik dari kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) telah menyelar percubaan akhbar itu untuk menimbulkan ketegangan kaum.

Gambar : Terbaik !! Tok Guru Nik Aziz Bersama MB Dan Exco Baru Kelantan

Exco baru kerajaan negeri Kelantan bergambar dengan Tuan Guru Datuk Nik Aziz
Mumtaz Mat Nawi,Exco Kelantan dari kalangan muslimat yang baru dilantik

Isnin, 6 Mei 2013

Datuk Ahmad Yakob Kini Sah MB Kelantan,Nik Amar Timbalan

KOTA BARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru di Istana Negeri Kubang Kerian dekat sini, kira-kira pukul 6 petang sekali gus menamatkan pimpinan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di negeri itu selama 22 tahun.

Ahmad, 63, yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Besar mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhammad V Tengku Muhamad Faris Petra Sultan Ismail.

Nik Aziz, 82, memutuskan untuk bersara daripada memegang jawatan itu di mana kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990.Bagaimanapun difahamkan, Nik Aziz terus kekal sebagai Mursyidul Am PAS.

Pemilihan Ahmad sebagai Menteri Besar Kelantan dibuat selepas PAS kekal memerintah Kelantan dengan memenangi 33 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Ahad.

Ahmad sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan pada Mac 2004.Pada PRU-13, beliau yang mewakili PAS berjaya mempertahankan kerusi DUN Pasir Pekan yang disandangnya dengan majoriti 5,644 undi.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.Mstar

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....