Selepas tamat Muktamar Agung PAS ke-55 hampir dua minggu lalu, Umno agak kecewa kerana dua isu yang diharap akan memerangkap parti Islam itu tidak mengena.
Isu tersebut mengenai Hudud dan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung murtad.
Tindakan bijak perwakilan PAS yang lebih memberi tumpuan untuk
menguatkan jentera dalaman dan media parti Islam itu dalam menghadapi
PRU13 nanti langsung tidak menarik minat mereka.
Usaha untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu yang membabitkan
PAS-PKR di lihat ruangnya apabila seorang perwakilan memberikan
pandangan supaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di lantik
menjadi Perdana Menteri sekiranya PR berjaya kuasai Putrajaya.
Malangnya isu tersebut tidak mendapat respon dari PR samaada dari
PAS-PKR-DAP termasuk dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu tersebut tenggelam apabila PAS dan Abdul Hadi sendiri menyatakan
setiap perwakilan berhak meluahkan pandangan bagi membuktikan PAS sebuah
parti yang menerima pandangan dari semua pihak.
Begitu juga dengan Anwar yang membuat kenyataan bahawa perkara tersebut boleh dibincang dan belum diputuskan.
Sebelum ini hampir dalam setiap ceramah yang dihadiri pemimpin DAP
dan PAS pun kenyataan untuk melantik Anwar menjadi PM bukanlah suatu
polimik yang besar.





