GOPENG: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan PRU13 akan diadakan pada tahun ini.
Menurutnya, beliau optimis dengan jangkaan tersebut berdasarkan situasi politik ketika ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kg Sg Raia, Simpang Pulai, Gopeng baru-baru ini.
Ketua
pembangkang itu menegaskan, Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk
menghadapi pilihanraya yang katanya paling sengit akan berlaku.
“Saya
yakin pilihanraya akan diadakan tahun ini dan Insyaallah Pakatan Rakyat
akan tawan Putrajaya,” tegasnya sambil menerima tepukan gemuruh
daripada lebih 1000 hadirin.
Takut

Mengulas lanjut, beliau mengecam Datuk Seri Najib yang takut untuk hadir ke perbahasan bajet.
Katanya, Najib takut berhadapan pemimpin pembangkang sebaliknya lari daripada situasi tersebut dengan tidak menghadirkan diri.
Dalam
perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan sepatutnya mementingkan
kawalan harga barangan keperluan harian berbanding pemberian rebat rm200
untuk anak muda membeli telefon bimbit pintar.