Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 8 Oktober 2012

Video : Ribuan Berkonvoi Iringi Tok Guru Nik Aziz Sempena PGU 5.0 Jabi




Konvoi bermotosikal mengiringi Tok Guru Nik Aziz sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat - Pas Ganti Umno ( PGU 5.0 ) yang diadakan di Pekan Jabi Besut pada sabtu 6 Oktober 2012 lalu.

Konvoi anjuran ARC Terengganu dengan kerjasama ARC Besut dan Setiu ini bermula dari Dataran Ketara Kg Gerai Jerteh dan berakhir di tapak program di Pekan Jabi.

Ribuan anak muda hadir dengan semangat berkobar kobar tanpa upah sesen pun demi melihat Umno digantikan dengan Pas di Terengganu ini.Foto foto konvoi DISINI.

PRU13 tahun ini ???

GOPENG: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan PRU13 akan diadakan pada tahun ini.

Menurutnya, beliau optimis dengan jangkaan tersebut berdasarkan situasi politik ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kg Sg Raia, Simpang Pulai, Gopeng baru-baru ini.

Ketua pembangkang itu menegaskan, Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang katanya paling sengit akan berlaku.

“Saya yakin pilihanraya akan diadakan tahun ini dan Insyaallah Pakatan Rakyat akan tawan Putrajaya,” tegasnya sambil menerima tepukan gemuruh daripada lebih 1000 hadirin. 

Takut
Mengulas lanjut, beliau mengecam Datuk Seri Najib yang takut untuk hadir ke perbahasan bajet.

Katanya, Najib takut berhadapan pemimpin pembangkang sebaliknya lari daripada situasi tersebut dengan tidak menghadirkan diri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan sepatutnya mementingkan kawalan harga barangan keperluan harian berbanding pemberian rebat rm200 untuk anak muda membeli telefon bimbit pintar.

Video : Soal Jawab Agama Bersama Ust Azhar Idrus Sempena PGU 5,0 Jabi




Sebahagian dari petikan soal jawab agama bersama Ust Azhar Idrus sempena PGU 5.0 yang diadakan di Pekan Jabi Setiu Terengganu pada 7/10/2012 lalu...

Ahad, 7 Oktober 2012

Video : Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat DS Anwar Di Simpang Pulai Perak




Jelajah Merdeka Rakyat, Simpang Pulai Perak 07/10/2012

Video : Pengakuan Pemilik Rumah Yang Dirobohkan Kerajaan Umno Di Kuala Besut




Tindakan  kejam kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu merobohkan rumah rumah di Rancangan Tanah Berkelompok Kg Alor Jejawi Kuala Besut harus dikutuk sekeras kerasnya.

Tindakan yang dilakukan ketika penghuninya tiada di rumah sebagai satu tindakan zalim yang mengambil kesempatan atas kesusahan hidup rakyat.Gambar dan artikel berkaitan DISINI.

Video : Kerabat Diraja Terengganu Sertai Pas

Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Foto dan Video - Buletin Online


Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....